Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran

Gudang di Pusat Kualiti Alam berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali

11:10 PM MYT

 

SEREMBAN — Sebuah gudang sisa bahan kimia berjadual milik Cenviro Sdn Bhd di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Penguatkuasa Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Muhammad Syazwan Tajuddin berkata gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100×100 kaki persegi itu musnah sama sekali.

“Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6 petang tadi, empat pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan 66 anggota.

“Kebakaran dapat di kawal jam 8.30 malam dan ketika ini kerja-kerja memadamkan kebakaran masih dijalankan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tinjauan Bernama mendapati kebakaran itu menyebabkan asap hitam dan tebal kelihatan pada petang tadi namun pihak media tidak dibenarkan berada berdekatan di kawasan tersebut. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related