Lelaki cedera parah akibat dipijak gajah ketika buang air

Mangsa yang berasal dari Felda Bersia, berada berhampiran sungai dipercayai untuk membuang air

10:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan di kepala selepas dipijak gajah di Batu 11, dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, mangsa yang berasal dari Felda Bersia, berada berhampiran sungai dipercayai untuk membuang air.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff, mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika itu sudah senja iaitu sekitar jam 7 malam.

“Berdasarkan maklumat diterima, ketika kejadian terdapat 12 orang berhampiran tempat kejadian tetapi cuma dia seorang sahaja yang kena (diserang gajah), disebabkan dia sahaja yang ke sungai,” katanya kepada Berita Harian.

Mangsa dirujuk ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Budget 2025: consider soft loan to help us replace old school buses, say operators

Federation of School Bus Associations’s president Amali Munif Rahmat says that an interest-free soft loan can help them procure new buses and recruit young operators

Here’s the scoop… 

FOR the last two weeks, many of you have started getting acquainted with Scoop. Founded by the three of us with a combined experience of nearly 100 years, we hope to fill a void in news and information consumption.

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related