Pemandu positif dadah langgar mati 3 warga Pakistan dituduh esok

Lelaki terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain turut disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta yang melanggar mati tiga warga Pakistan dan mengakibatkan tiga parah kerana memandu di bawah pengaruh ganja dalam kejadian semalam, dituduh di Mahkamah Majistret Teluk Intan esok.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ketika ini lelaki berusia 36 tahun yang direman empat hari sehingga Ahad ini, turut disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kertas siasatan bagi kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan sudah dilengkapkan dan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Teluk Intan, esok,” katanya menerusi laporan Buletin TV3.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

Menurutnya, kertas siatasan itu akan dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, masyarakat dikejutkan dengan laporan media mengenai enam warga Pakistan yang sedang dalam perjalanan ke masjid pada jam 8.10 pagi untuk menunaikan solat Aidilfitri, dilanggar kereta yang terbabas di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor.

Tiga daripada mangsa maut, manakala tiga parah akibat rempuhan kereta terbabit.

Hasil siasatan mendapati kereta dipandu lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan, seterusnya melanggar enam pejalan kaki di situ.

Identiti tiga mangsa maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33.

Tiga individu yang parah adalah Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23. – 11 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related