KUALA LUMPUR — Sebahagian besar warga kota yang pulang beraya di kampung halaman memilih Ahad ini untuk kembali ke Lembah Klang, meskipun bakal berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Daripada 60,250 responden yang mengundi setakat 4.13 petang ini, 32.3% memilih untuk pulang ke ibu kota pada Ahad, manakala 26.5% pula pada Sabtu dan 22% memutuskan untuk balik esok (Jumaat).
Tinjauan ini dilancarkan oleh pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming di laman aplikasi X beliau sejak semalam dan bakal berakhir 6 petang ini.
Menurut Khairul Aming, beliau mengadakan tinjauan itu atas permintaan ramai bagi melihat tarikh pulang ke Lembah Klang.
Hanya 19.2% memilih untuk pulang pada Isnin.
Kebanyakan yang memilih untuk pulang ke ibu kota pada Ahad disebabkan Isnin adalah hari kerja dan persekolahan.
Namun ada yang berubah fikiran untuk balik pada Selasa, selepas mendapati ramai yang mahu bergerak pada Ahad dan Isnin.
Alamak. Sy plan nak balik Isnin. Ramai lak balik Isnin. Sy kene tukar balik Selasa la camni.
— Syazwan Zanini (@wenkt) April 10, 2024
Sementara seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (Uitm) pula memaklumkan Isnin mereka sudah memulakan kuliah manakala Sabtu dan Ahad merupakan hari pendaftaran kolej.
“Saya sebagai student uitm (uni paling ramai student di malaysia) nak bagi info, 13 & 14 april hari pendaftaran kolej. isnin kami dah start kuliah. harap-harap tak jem la ye nanti,’’ kata ayoonied
saya sebagai student uitm (uni paling ramai student di malaysia) nak bagi info, 13 & 14 april hari pendaftaran kolej. isnin kami dah start kuliah. harap harap tak jem la ye nanti 😭😭
— ayu⁷| check out 📌 (@ayoonied) April 10, 2024
Tidak terkecuali yang memutuskan untuk balik hari ini, kerana ada antara mereka yang akan mula bertugas esok.
Namun, tinjauan itu tidak meletakkan hari Khamis sebagai pilihan untuk kembali ke ibu kota, meskipun agak ramai yang memutuskan untuk balik hari ini.
yg balik raya kedua pon ramai ming, saya slh seprg
— megat (@megatskipper) April 11, 2024
Aliran trafik menghala ke ibu kota dijangka sesak mulai Sabtu ini apabila warga kota mula kembali ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri.
Mereka boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 . – 11 April, 2024