Dua tahun tidak beraya bersama keluarga, Erry akhirnya ‘bersatu’ dengan insan tersayang di Aidilftiri

Itu antara pengorbanan yang harus dilakukan jaguh angkat berat negara itu demi memburu kejayaan

11:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas dua tahun berturut-turut beraya tanpa keluarga demi menggalas cabaran negara dalam Sukan SEA, jaguh angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat kali ini berpeluang menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang.

Atlet berusia 24 tahun itu berkata, pada 2022, dia tidak berkesempatan beraya bersama keluarga kerana menjalani latihan di Pahang bagi persiapan Sukan SEA Hanoi 2021.

Katanya pengorbanan itu membuahkan hasil apabila dia menghadiahkan pingat gangsa sekali gus mencipta rekod baharu kebangsaan kategori 73 kilogram (kg) acara snatch dan clean and jerk dengan mengangkat bebanan 316kg pada Mei 2022.

“Memang seronok ketika itu, tak raya pun tak apa, balik Malaysia saya buat rumah terbuka, panggil kawan-kawan datang rumah meraikannya,” katanya kepada Bernama.

Sukan SEA Hanoi 2021 berlangsung dari 12 hingga 23 Mei 2022 selepas dijadualkan semula ekoran penularan pandemik Covid-19.

Erry bersama bapa tersayang yang juga bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon. – Gambar Instagram Erry Hidayat, 10 April, 2024

Tahun lalu, Erry juga tidak berkesempatan beraya bersama keluarga bagi memikul cabaran negara di Sukan SEA Kemboja.

Bagaimanapun katanya, dia mengalami kecederaan di pinggang sehari sebelum berlepas ke Kemboja sehingga terpaksa melupakan hasrat beraksi di temasya dwi tahunan itu.

“Masa itu memang sedih, sudahlah tidak beraya sebab berlatih di Surabaya, Indonesia, tak dapat beraksi pula, saya rasa pengorbanan saya tak beraya seperti sia-sia sahaja,” kata pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu.

Muhammad Erry yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara Hidayat Hamidon, berazam menebus kekecewaan pada temasya Sukan SEA di Bangkok, tahun depan. – 10 April, 2024

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Sarjit eyes young forwards to fill void left by Faizal Saari’s retirement

National coach acknowledges short-term impact but confident in grooming new attacking talents

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related