Mana-mana kelompok, majoriti atau minoriti, tidak boleh disisihkan: Anwar

Malaysia memerlukan kekuatan semua pihak, semua wilayah, kaum, dan melonjakkannya ke tahap yang terbaik serta bermaruah

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mana-mana kelompok, kaum atau agama, sama ada majoriti atau minoriti, tidak boleh disisihkan di negara ini atas apa alasan sekalipun.

Malah kata beliau, Malaysia memerlukan kekuatan semua pihak, semua wilayah, kaum dan melonjakkannya ke tahap yang terbaik serta bermaruah.

Katanya, ia bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 13 di mana Allah menciptakan manusia daripada lelaki dan perempuan serta berbilang kaum supaya kita saling berkenalan antara satu sama lain.

“Kerangka pembinaan bangsa ini tidak memberikan alasan untuk meremehkan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan, meningkatkan pelaksanaan syariah di negara kita. Malah kita harus tegas, pasti dan tidak kelihatan bertolak ansur dalam kesungguhan kita memupuk nilai dan membina negara yang bermaruah.

“Namun jangan kita anggap ini sebagai suatu sijil, peluang untuk meremehkan, menghina atau merosakkan kaedah budaya dan cara hidup orang lain. Inilah perimbangan, keseimbangan yang perlu dipertahankan dalam semangat kita di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Seperkara yang kita harus terima, inilah satu Kepulauan Melayu khususnya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di mana sambutan hari raya itu, silaturahim itu diucapkan dengan maaf zahir dan batin tidak ada dalam tradisi Arab, tidak di tradisi Afrika, tidak di tradisi umat Islam yang lain tidak lari daripada tonggak mesej Islam itu sendiri; berjumpa dan bermaaflah,” katanya dalam perutusan Aidilfitri malam ini.

Perdana Menteri berkata, dalam menjalani kehidupan, semua pihak pastinya melakukan kesalahan dan kesilapan.

“Jangan kita terlalu sombong untuk mengaku bahawa kita sudah sempurna. Ada keterlanjuran, ada kata-kata kesat, ada kemarahan. Maka ambillah peluang ini maaf zahir batin dengan keluasan yang terpancar dari hati nurani.

“Dan ini juga yang ingin saya sampaikan kepada seluruh umat Islam dan rakan-rakan kita masyarakat Malaysia seluruhnya iaitu memohon maaf seandainya ada keterlanjuran kata, ada kesilapan bahasa ataupun yang telah menyentuh perasaan rakan-rakan dan saudara-mara.

“Dalam pentadbiran kerajaan hari ini kita mesti menimba pengalaman dan kebijaksanaan tokoh negarawan silam supaya menghindar yang mudarat dan mengangkat serta mencipta manfaat,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan hari ini tidak menuntut perakuan dan kepujian semata-mata malah teguran dan kritikan yang membina juga amat diperlukan.

“Negara kita harus memupuk nilai-nilai supaya karamah insaniah diperteguh. Negara yang kita warisi ini banyak yang perlu diperbaiki dan memaknai maksud peringkat tertinggi Ramadan. Kita doa supaya kita punya kekuatan yang cukup bina perpaduan, rancak pertumbuhan, kasih pada yang melarat, memperkasa rakyat dan menjelmakan kejayaan.

“Malaysia mesti terus kuat dan makmur,” tegasnya. – 9 April, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related