Pempengaruh Maryam teruja ibu sanggup terbang dari Korea Selatan rai Aidilfitri

Ibunya akan berlepas dari Seoul pada Syawal keenam

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat pempengaruh media sosial, Maryam Nur, 32, apabila ibunya, Jeon Jeonnghee, 56, yang menetap Korea Selatan akan beraya bersama dengan keluarganya di Sri Hartamas di sini.

Isteri kepada jejaka Kelantan, Ryzal Ibrahim yang juga pempengaruh media sosial berkata, ibunya akan berlepas dari Seoul pada Syawal keenam.

Ibu Maryam Nur, Jeon Jeonnghee dijangka akan berlepas dari Seoul pada Syawal keenam. – Gambar Instagram Maryamyunrrr, 9 April, 2024

“Tahun ini raya lagi meriah sebab ibu akan datang beraya di KL. Saya dan Ryzal sudah plan (rancang) nak buat rumah terbuka.

“Ibu datang 15 April ini. Dia datang seorang-seorang sebab nenek tak ikut. Dia (nenek) tak larat nak jalan jauh,” katanya kepada Scoop.

Menurut Maryam atau nama sebenarnya You Narae, dia mempelawa ibunya datang ke sini kerana mahukannya merasai sendiri suasana beraya di Malaysia.

“Ibu tak pernah rasa vibe (suasana) raya di Malaysia. Jadi saya nak ibu cuba raya punya vibes di sini,” katanya.

Maryam sebelum ini mendedahkan ibunya sudah mula menunjukkan minat mendalami agama Islam selepas berkunjung ke Malaysia tahun lalu termasuk memuji usahanya menutup aurat.

Katanya, ibunya sudah mula memakai pakaian yang menutup aurat termasuk meninggalkan makanan haram.

Sementara itu, bagi Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 32, lebaran kali ini bagaikan hilang serinya selepas pemergian bapanya, Nik Ibrahim Nik Amin pada April 2023.

Sejak itu, katanya, mereka sekeluarga memilih untuk meraikan 1 Syawal di Kuala Lumpur dan tidak pulang beraya ke kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan.

“Sejak kematian abah, saya bawa mak dan adik-beradik lain pindah ke KL. Jadi kali ini kami beraya dekat Sri Hartamas saja.

“Abah meninggal bulan puasa dekat-dekat nak raya. Jadi kehilangannya itu amat terasa. Rasa sebak bila balik kampung tapi abah sudah tiada.

“Jadi tahun lepas adalah raya terakhir kami di Kelantan. Kalau balik Kelantan pun lepas ini bukan balik waktu raya,” katanya yang akan berlepas ke London pada 20 April ini untuk program jelajah masjid di sekitar kota raya itu sempena Aidilfitri.

Maryam pernah mendedahkan ibunya sudah mula menunjukkan minat mendalami agama Islam selepas berkunjung ke Malaysia tahun lalu. – Gambar Instagram Maryamyunrrr, 9 April, 2024

Dalam pada itu, mengenai persiapan raya, Maryam berkata, dia menggunakan khidmat pereka fesyen untuk menjahit baju raya mereka tiga beranak yang bertemakan warna champagne dan merah jambu.

Malah katanya, anaknya, Rina, 2, cukup teruja dan tidak sabar untuk menggayakan baju rayanya.

“Suatu hari tu, designer (pereka fesyen) datang rumah untuk bagi kami fitting (cuba) baju dulu, Rina pakai sambil lari satu rumah.

“Dia tak nak buka dah baju tu. Dia suka dan seronok nak pakai baju raya,” katanya.

Ditanya mengenai makanan kegemaran anaknya semasa raya, Maryam berkata, Rina tidak memilih makanan dan amat menggemari ketupat.

“Rina memang suka makan. Kami tak nampak dia memilih makanan. Paling dia suka ketupat sebab lebih kurang rice cake (kek beras), sejenis makanan korea. Dia juga suka makan pedas, tu yang kami risau sekarang.

“Saya pun terkejut bila tengok dia suka makan. Mula-mula tu ingatkan sebab dia mix (kacukan) tapi rupa-rupanya cara penyediaan menu oleh ibunya itu yang memainkan peranan,” katanya.

Terdahulu, Maryam secara rasmi memeluk Islam pada 1 Ramadan, lima tahun lalu apabila mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ryzal sebelum dirujuk kepada imam Masjid Itaewon, Korea Selatan.

Selepas melihat wujud keserasian bersama Ryzal yang sedang menuntut di Universiti Seoul, Korea Selatan ketika itu, masing-masing mengambil keputusan mengikat tali pertunangan dan berkahwin pada tahun sama.

Kisah pasangan Melayu-Korea Selatan itu bagaimanapun tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia sekitar September 2020. – 9 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related