Polis ambil keterangan individu tinggalkan bagasi berisi wang tunai RM500,000

Namun lelaki itu bukanlah individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat sebagaimana dilaporkan sebelum ini

10:37 PM MYT

 

SHAH ALAM — Polis telah mengambil keterangan seorang lelaki berkaitan penemuan bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada 19 Mac lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan sebagai individu yang meletakkan bagasi itu di lokasi itu.

“Berdasarkan keterangan lelaki itu kami percaya dia merupakan individu yang membawa dan tinggalkan bagasi berisi wang itu di parkir pusat beli-belah berkenaan.

“Namun setakat ini, kita belum dapat memastikan motif dia berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-Petugas Polis dan Konsesi Lebuhraya di sini hari ini. 

Hussein berkata lelaki itu bukanlah individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat teknologi maklumat dan mendakwa wang terbabit adalah miliknya sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan adalah orang dari syarikat yang sama dengan pengarah itu.

Menurut Hussein pemeriksaan lanjut terhadap bagasi berkenaan telah menemukan tujuh cap jari dan pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung pemilik identiti itu. 

“Kita sedang siapkan kertas siasatan sebelum dibawa ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. 

Terdahulu, Hussein dilaporkan berkata polis akan memanggil tiga lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan yang merupakan rakan kepada pengarah syarikat terbabit selepas sambutan Aidilfitri. – 6 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related