Hassan Karim tawar jadi peguam bela Akmal, mahu Akta Hasutan dimansuhkan

Ramai mungkin tidak setuju dengan pandangan dikemukakan Akmal tetapi hak beliau untuk bersuara adalah dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan

6:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menawarkan dirinya sebagai salah seorang peguam bela dalam pasukan guaman Dr Muhamad Akmal Saleh jika Ketua Pemuda Umno itu dihadapkan ke mahkamah dan dituduh di bawah Akta Hasutan 1948.

Tawaran ikhlas itu disuarakannya yang pernah disiasat, dituduh dan dibicarakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan mengetahui betapa zalimnya akta berkenaan.

Untuk itu beliau berpandangan bahawa Akmal tidak sepatutnya disiasat di bawah seksyen berkenaan termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia seperti dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

“Ini kerana kedua-dua akta tersebut bersifat kuku besi dan zalim yang sering disebut akta yang draconian. Pakatan Harapan pernah berjanji di dalam manifesto pilihan raya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang zalim dan meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang terlalu luas, kabur dan terbuka untuk disalahgunakan.

“Ketua Pemuda Umno itu sewajarnya disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang lebih adil dan berpatutan, yang berkait dengan kesalahan kerana mungkin menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan dalam masyarakat, menimbulkan kebencian atau membangkitkan sebab kepada orang lain melakukan keganasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ramai pihak mungkin tidak setuju atau tidak sependapat dengan pandangan-pandangan dikemukakan oleh Akmal tetapi hak beliau untuk bersuara dan menyatakan pendiriannya dalam soal stoking yang dikaitkan dengan kalimah Allah adalah dilindungi di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini Akmal menegaskan beliau bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah susulan tindakannya mengajak umat Islam terus memboikot kedai serbaneka KK Mart.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa kertas siasatan terhadapnya akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Siasatan terhadap Exco Melaka itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 6 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related