Insya-Allah tahun ini juga saya cuba selesaikan permohonan kewarganegaraan masih tertangguh: Saifuddin

Katanya, bagi memastikan permohonan itu diselesaikan secepat mungkin, beliau akan meluangkan masa setiap hari menyemaknya

6:28 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa beliau akan cuba menyelesaikan tahun ini semua permohonan kewarganegaraan yang masih tertangguh.

Beliau berkata, malah menjadi tekadnya untuk membantu memudahkan semua pemohon bagi memastikan segala syarat dan prosedur dipenuhi.

Menurutnya, beliau tahu masih ramai pemohon yang menunggu terlalu lama bagi mendapatkan status kewarganegaraan.

ā€œIni tekad saya untuk membantu semua asalkan memenuhi segala syarat dan prosedur yang sudah ditetapkan.

ā€œInsya-Allah, tahun ini juga saya akan cuba selesaikan semua permohonan yang masih tertangguh. Doakan,ā€ katanya menerusi Facebook.

Saifuddin berkata, bagi memastikan permohonan tertangguh itu diselesaikan secepat mungkin, beliau meluangkan masa setiap hari untuk menyemak dokumentasi berkenaan.

ā€œSetiap hari sebelum pulang ke rumah dari pejabat, saya pasti akan menyemak satu persatu helaian permohonan kewarganegaraan untuk dibuat keputusan dengan kadar segera,ā€ katanya.

Pada 19 Mac lalu, Saifuddin berkata, sebanyak 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan individu bawah 21 tahun diberi keputusan setakat 7 Mac 2024.

Katanya, daripada jumlah itu, 80 peratus permohonan diluluskan manakala selebihnya ditolak kerana tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan.

ā€œPermohonan lengkap yang selesai kita proses, mereka akan mendapat notifikasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan apabila mereka mendapat surat itu, barulah mereka boleh melakukan proses selanjutnya.

ā€œMereka kena datang JPN, buat sejumlah bayaran, akan dikeluarkan sijil kewarganegaraan dan kemudian boleh keluar dokumen diri berkaitan,ā€ katanya. ā€“ 3 April, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

ā—‰ Related