Isteri jatuh hukum berdosa pergi umrah tanpa izin suami

Tular luahan seorang suami yang tidak berpuas hati dengan isterinya kerana tidak meminta izin untuk menunaikan umrah di Tanah Suci

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang isteri jatuh hukum berdosa sekiranya tetap pergi menunaikan ibadah umrah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dan keredaan suami.

Perkara itu ditegaskan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Nor susulan tular di laman X mengenai luahan seorang suami yang tidak berpuas hati dengan isterinya kerana tidak meminta izin untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

Bercakap kepada Scoop, menurut beliau, si isteri terbabit perlu bertaubat kerana boleh jatuh hukum berdosa.

Wan Salim berkata, suami sepatutnya boleh guna budi bicara kerana isterinya pergi ke Tanah Suci untuk membuat kebaikan. – Gambar Bernama, 4 April, 2024

Walau bagaimanapun beliau menasihatkan suami berkenaan supaya memaafkan isterinya, malah kedua-dua mereka perlu bermuhasabah diri.

“(Memang) berdosan jika pergi menunaikan umrah atau haji jika tidak mendapat keizinan suami. Namun, jika berlaku pertelingkahan dalam rumah tangga sehingga memaksa si isteri berbuat demikian, kedua-duanya perlu bermuhasabah.

“Si suami tidak sepatutnya mendoakan perkara yang tidak baik berlaku kepada isteri, sebaliknya memaafkan isteri bagi memperbaiki hubungan masing-masing,” katanya.

Terdahulu tular di laman X, seorang suami meluahkan rasa tidak puas hati terhadap isterinya kerana tidak meminta izin daripadanya terlebih dahulu untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Dia juga berdoa agar isterinya tidak selamat sepanjang pergi menunaikan umrah ketika 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

“Doa saya pada isteri saya, dia tidak selamat pergi umrah. Ini kerana tiada perbincangan dan tiada izin saya sebagai suami untuk ke sana buat umrah.

“Sungguh sakit hati bila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir ini saya pulun doa yang dia tidak selamat dunia dan akhirat. Saya tidak maafkan dia dan saya tidak reda dia dunia dan akhirat,” katanya.

Wan Salim berkata, suami sepatutnya boleh guna budi bicara kerana isterinya pergi ke Tanah Suci untuk membuat kebaikan.

“Jadi tidak sepatutnya mendoakan yang tidak baik kepada isteri. Saya nasihatkan suami tersebut untuk memaafkan isteri dan kedua-duanya perlu bermuhasabah diri,” katanya.

Sementara itu pakar motivasi dan penceramah selebriti, Amin Idris pula berkata, seorang suami seharusnya bersikap lebih matang dan tidak mengikut emosi sehingga mendoakan perkara negatif berlaku terhadap isteri sepanjang dia mengerjakan ibadah umrah.

“Memang seorang isteri wajib mendapat keizinan suami, walaupun umrah dia sah disebabkan buat ikut semua rukun umrah, tapi dia berdosa kerana pergi tanpa mendapat keizinan suami.

“Dan sebagai suami, dia pun perlu bersikap matang dan jangan bertindak mengikut emosi seperti mendoakan kurang baik kepada isteri.

“Isteri pergi beribadah, bukannya pergi disko. Jangan disebabkan masalah rumah tangga, menjejaskan ibadah,” katanya. – 4 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Shapawi to haul PCM’s Megat to court for slander

Police report on criminal defamation against Megat lodged today and legal team preparing for suit

Related