PM zahir takziah atas pemergian Jaafar Onn

Selain Anwar, Menteri Komunikasi turut mengucapkan takziah atas berita sedih itu, dengan memaklumkan jasa dan bakti allahyarham dalam pembangunan industri seni akan sentiasa diingati

3:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Jaafar Onn atas pemergian penghibur itu.

Perdana Menteri berkata, berita tersebut memberi kesan kepada dunia hiburan memandangkan Allahyarham sentiasa menghiburkan masyarakat.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham memiliki bakat unik dan tersendiri dalam bidang seni.

“Takziah kepada keluarga tokoh penghibur tanah air Allahyarham Jaafar Onn Awang yang menyahut panggilan Ilahi hari ini.

“Kepada kita yang mengikuti dunia hiburan, pasti terkesan dengan berita ini, tatkala Allahyarham sentiasa menghiburkan masyarakat dengan bakatnya yang unik dan tersendiri dalam bidang lakonan serta muzik.

“Mendoakan rohnya diberi keampunan oleh Yang Maha Esa dan urusan keluarganya dipermudah, insya-Allah,” katanya menerusi Facebook.

Allahyarham Jaafar, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang, pagi ini.

Khabar sedih itu dikongsi beberapa rakan selebriti menerusi media sosial, termasuk Haiza Hanafi yang juga teman rapat Allahyarham.

“Innalillahiwainailaihirojiun…Selamat jalan papa Jaafar Onn. Ya Allah saya saksi kebaikan yang dia lakukan. Ilmu yang dia curahkan dan rezeki dia kongsikan.

“Tempatkan dia di syurgaMu Ya Rabb…Alfatihah…,” kata Haiza.

Terdahulu, Allahyarham dilapor dimasukkan ke wad hospital itu sejak kelmarin akibat pendarahan semasa membuang air besar.

Malah, beliau pernah memaklumkan mengalami masalah berkaitan jantung yang menyebabkan kakinya membengkak, sehingga sukar berjalan serta perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Ucapan sedih atas pemergian Allahyarham Jaafar turut dizahirkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi platform X.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Menerima khabar duka pemergian Jaafar Onn Awang ke rahmatullah hari ini.

“Allahyarham sudah banyak menghiburkan kita dan mewarnai industri seni tanah air. Jasa dan bakti Allahyarham dalam pembangunan industri tersebut akan sentiasa diingati.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya. – 3 April, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related