Pasangan warga emas hilang sejak 31 Mac, selamat balik ke pangkuan keluarga di Kuala Pilah

Kereta Mercedes c200 jenis lama yang dinaiki ibu bapanya itu mengalami kerosakan di Cyberjaya dan disedari oleh seorang lelaki yang melalui jalan berkenaan

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga emas yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Hulu Langat, Selangor ke Kuala Pilah, pada 31 Mac lalu, ditemui selamat petang semalam.

Anaknya, Muhamad Kamil Muhammad Shah ketika dihubungi Scoop memaklumkan, bapanya, Muhammad Shah Meon, 75, dan ibunya, Mo’minah Ujang, 71, ditemui di Taman Sri Mawar, Senawang pada jam 5.30 petang, atas bantuan orang ramai.

Rupa-rupanya, kata Kamil, kereta Mercedes c200 jenis lama yang dinaiki ibu bapanya itu mengalami kerosakan di Cyberjaya dan disedari oleh seorang lelaki yang melalui jalan berkenaan.

“Mereka bertolak dari Hulu Langat untuk pulang ke rumah di Taman Bahagian Delima pada jam 4 petang.

“Namun sehingga malam mereka masih tidak sampai ke rumah manakala telefon juga tidak lagi aktif, kemungkinan kehabisan bateri,’’ katanya yang turut menetap bersama ibu bapanya itu di Taman Delima.

Kehilangan warga emas itu telah membimbangkan keluarganya menyebabkan mereka memuat naik hantaran mengenai perkara tersebut di Facebook.

Hantaran itu menjadi perhatian dan dikongsi oleh lebih 3,000 warganet.

Ditanya mengenai kehilangan ibu bapanya, Kamil memberitahu kebiasaannya apabila ibu bapanya mahu ke tempat jauh, dia dan abangnya akan membawa mereka keluar.

Namun pada hari tersebut, ibu bapanya keluar tanpa pengetahuan mereka.

Susulan kejadian itu, Kamil memberitahu dia dan abangnya akan menyembunyikan kunci kereta tersebut.

“Memang saya dan abang akan duduk di rumah sekali, kunci kereta memang kami sorok. Apa-apa hal (jika) mereka nak keluar, mereka akan berurusan dengan kami,’’ katanya. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Life after loss: a family’s journey of grief and love post-2004 Indian Ocean tsunami

20 years after the post-Christmas tsunami hit Penang and other areas, Alan Keevan shares his account during and after the tragedy where he lost his beloved mother Sharon

Related