Tiada kaitan kandungan media sosial, Farez Adnan kecewa konsep muzik video Chu Kuca Raya 2024 dikecam netizen

Farez bagaimanapun mengakui ada pihak gembira apabila dia menyanyikan lagu itu dan bukannya Aliff Syukri

2:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Farez Adnan menafikan dia dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sengaja mencetuskan kontroversi secara maya mengenai lagu raya, Chu Kuca Raya 2024 demi penghasilan kandungan media sosial.

Bercakap kepada Scoop, Farez yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 2014 berkata, apa yang berlaku itu sama sekali tiada kaitan dengan penghasilan kandungan atau strategi pemasaran untuk mempopularkan lagu tersebut.

“Memang lagu ini pada asalnya dicipta khas oleh abang Amy untuk Datuk Seri Aliff yang mana ia adalah kesinambungan daripada lagu Chu Ku Chuk Raya pada tahun lepas.

“Tapi dia tak nak lagu itu. Dia cakap tak sedap lagu tu. Waktu itu, susunan muzik lagu itu secara penuh belum lagi siap. Yang dia dengar cuma humming sahaja.

“Abang Amy kecil hati jugalah bila lagu itu ditolak. Sepatutnya, demo lagu itu saya yang nyanyikan. Tapi, disebabkan Datuk Seri Aliff sudah tolak, lagu itu kemudian diserahkan kepada saya,” katanya.

Jelas Farez lagi, dia sememangnya terkejut apabila secara tiba-tiba dikaitkan dengan kontroversi lagu raya tersebut.

“Hakikatnya, saya tak curi pun lagu itu. Macam saya katakan tadi, lagu itu diserahkan kepada saya selepas Datuk Seri Aliff menolak untuk menerima dan menyanyikannya.

“Seminggu selepas merakamkan demo, dia diminta merakamkan suara bagi lagu raya itu yang sudah pun siap susunan muzik penuhnya dan pada waktu sama menjayakan muzik videonya.

“Saya sendiri pun terkejut dan tidak sangka pula segalanya berlaku dengan cepat,” katanya.

Tambah Farez, segala kecaman yang diterimanya itu sedikit sebanyak memberi impak terhadap emosi dan kesihatan mentalnya.

Menurut Farez, Chu Kuca Raya 2024 diberikan kepadanya selepas usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menolak lagu tersebut yang disifatkan tidak sedap. – Gambar Scoop, 2 April, 2024

“Di platform TikTok, saya memang dikecam teruk. Ada yang happy (gembira) sebab lagu ini tidak lagi dinyanyikan Datuk Seri Aliff. Ada pulak yang happy sebab lagu ini saya nyanyikan sebab mereka tahu saya memang betul-betul penyanyi.

“Ada yang tak happy (gembira) sebab mereka kata saya tiru konsep (muzik video) Datuk Seri Alif. Sebetulnya, konsep lagu raya itu ditentukan sendiri oleh Abang Amy selaku komposer dan produser muzik.

“Saya ikut sahaja. Kalau nak diikutkan, Abang Amy mahu tambah lagi penyanyi. Tapi, saya cakap cukup dua saja,” katanya.

Ujarnya, kebanyakan komen negatif lebih kepada mengenai isu konsep muzik video tersebut dan dari satu sisi lain, masih ada yang mahu mendengar lagu raya itu dan menonton muzik videonya. – 2 April, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related