Lagi KK Mart dibaling molotov cocktail, kali ini di Kuching

Laporan polis berhubung kejadian itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun yang juga pekerja di kedai terbabit, semalam

9:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart dekat Jalan Satok di Kuching, Sarawak dibaling bom petrol atau `molotov cocktail’, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, kejadian itu menyebabkan berlaku kebakaran kotak mengandungi air minuman di kaki lima hadapan kedai berkenaan.

Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun yang juga pekerja di kedai terbabit, semalam.

“Kejadian itu menyebabkan berlaku kebakaran kotak mengandungi air di kaki lima hadapan kedai terbabit akibat dibaling menggunakan botol kaca berisi minyak tanah dan kain berwarna kuning,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Pada masa sama, Ashmon memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian itu.

“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ceremona Nasim di talian 013-8554168 atau mana-mana balao polis yang berhampiran,” katanya.

Katanya, orang ramai juga diingatkan untuk tidak melakukan perbuatan di luar batas undang-undang dan memberi ruang kepada proses perundangan sedia ada.

Sebelum itu, sebuah lagi cawangan KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar ‘molotov cocktail’ kira-kira pada jam 5.14 pagi Sabtu.

Berdasarkan kenyataan polis, ketika dua pekerja sedang berada di dalam premis tersebut, tiba-tiba berlaku satu balingan ‘molokov cocktail’ terbabit yang dilempar dari luar premis dan mencetuskan kebakaran kecil.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 26 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan mendapati terdapat serpihan botol kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di lantai kedai berkenaan.

Terdahulu iaitu pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Pada pada 16 Mac lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu. – 1 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related