KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat

Pada 27 Mac lalu, Fadhlina dilaporkan berkata KPM telah melantik 20,171 guru baharu secara tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru

8:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata ia merupakan usaha dan komitmen berterusan kementerian untuk menampung isu kekurangan guru dalam negara.

“Saya tidak fikir ia masalah yang tidak boleh ditangani kerana dari segi perancangan dan unjuran kita, ia berlaku dengan sangat baik, begitu juga dengan kemasukan guru yang kita latih dan untuk mengisi setiap kekosongan itu.

“Tak timbul ia satu perkara yang tidak boleh diselesaikan, cuma kita akan ambil kira isu-isu unjuran ini bersama SBP (sekolah berasrama penuh) supaya ia dapat unjuran yang lebih tepat dan pengisian itu dapat berlaku dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Bintang, SMK Seri Bintang Utara hari ini.

Pada 27 Mac lepas, Fadhlina dilaporkan berkata KPM telah melantik 20,171 guru baharu secara tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.

Menurutnya, kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.

Mengenai majlis hari ini, Fadhlina berkata konsep iftar berkenaan adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan program yang memberikan semangat kepada anak-anak kecil yang sedang berlatih berpuasa.

“Di samping itu, ia merupakan program untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan kerana anak-anak kecil ini akan membuat persembahan yang terkait rapat dengan apa yang ditekankan oleh KPM termasuk penghayatan Hadis 40, dan solidariti kepada Palestin yang kita buat secara konsisten,” katanya.

Majlis pada hari ini ialah anjuran KPM dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan FGV Holdings Berhad (FGV). – 1 April, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related