Aliff Syukri minta maaf, padam muzik video kontroversi atas permintaan ibu,’ memang kecil hati…’

Rozita turut meminta anaknya itu supaya memadam segera video muzik tersebut kerana dianggap keterlaluan dan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membuat permohonan maaf selepas ditegur ibunya kerana memuat naik muzik video terbaharunya sempena Aidilfitri berjudul Love Raya yang mencetuskan kontroversi.

Malah, Aliff Syukri turut akur dengan permintaan ibunya, Rozita Ibrahim dengan memadamkan klip video kontroversi itu di semua platform media sosialnya.

“Kepada mak saya dan semua netizen yang melihat video itu, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Memang kecil hati, saya dah buat susah-susah dah bayar puluhan ribu penari videographer semua, tapi you all yang tak tengok video klip tu dah kecam melampau-lampau.

“Saya tak nak bersedih, saya salahkan diri saya. Saya dah delete video tu… padahal ramai yang buat video pelik-pelik di luar sana tapi tak jadi isu,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, hari ini.

Terdahulu, Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita menegur Aliff Syukri secara terbuka di media sosial dan meluahkan kekecewaan dengan muzik video yang dihasilkannya itu kerana tidak mencerminkan akhlak umat Islam.

Malah, Rozita turut meminta anaknya itu supaya memadam segera video muzik tersebut kerana dianggap keterlaluan dan tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

“Semua orang tak suka tengok, jangan jadi orang yang nama Islam tapi tak cerminkan akhlak Islam. Delete (padam) semua video tu!

“Mana malu? Mana letak maruah… ambik peluang hidup cari kemanisan dan kesungguhan taubat Kri (panggilan kepada Aliff Syukri).

“Maaf mak tegur terbuka. Mak tak kuat Kri dah. Orang cakap mak tak didik anak. Nak ke jadi orang kaya tapi miskin jiwa dan sensitiviti,” katanya.

Menurutnya, tindakan anaknya itu juga membuatkan jiwanya tidak tenteram ketika ini.

“Hidup mak dah akhir-akhir Kri, sangat tak bahagia begini . Ramadan Kri, hormatilah bulan mulia

“10 malam terakhir kejar Lailatur Qadr kamu lancarkan video lagu bodoh tak berakhlak!.

“Gaza… huru hara kemiskinan, kemarau berpanjangan… bala Allah tanpa henti. Tak takut ke,” katanya.

Pada masa sama, Rozita turut menasihati anaknya itu supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatannya itu pada masa akan datang.

“Kamu anak harapan mak Kri… yang selalu ada hiburkan mak tapi ini bukan mak nak jadi begini. Saat mak mati nanti Kri, Kri yang solat jenazah mak. Betulkan agama kamu al-Quran kamu dan niat kamu.

“Kri bukan anak tak baik… sangat baik dengan mak tapi Allah Kri kena usaha lebih buat kebaikan. Kasihani mak Kri. Mak rayu sebagai mak berhentilah dari berbuat begini rosak akhlak dan agama,” katanya.

Sebelum ini, Scoop melaporkan pembikinan video muzik untuk lagu nyanyiannya sempena Aidilfitri tahun ini, bukan sahaja mengejutkan dan ditempelak ramai, malah dilabel ‘memalukan’.

Menerusi petikan video muzik dikongsikan di mediapenglipurlara yang memaparkan ‘di sebalik layar’ pembikinannya, kelihatan Aliff Syukri berendam di dalam jakuzi dipenuhi buih sabun dengan mengenakan ‘singlet’ dan seperti memakai seluar pendek.

Jakuzi itu turut dikeliling lima penari lelaki berpakaian Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok dengan perwatakan didakwa lembut.

Aliff Syukri kemudian beraksi menyanyi dengan memegang kepala paip pemanas air mandi sebagai mikrofon.

Video berdurasi 1 minit 25 saat itu menerima kecaman, sindiran dan kritikan pengguna media sosial. – 1 April, 2024

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related