Projek kereta api berkelajuan tinggi beri manfaat besar jika jadi kenyataan, kata Hajiji

Sebaik sahaja direalisasikan, projek Trans-Borneo Railways akan meningkatkan ekonomi di wilayah Borneo

1:44 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Cadangan projek Trans-Borneo Railways (TBR) menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimatan di Indonesia bakal menjadi pemangkin ekonomi bagi wilayah Borneo, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, sebaik sahaja direalisasikan, projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi itu akan memberi impak dalam meningkatkan kesalinghubungan rakyat dan pada masa sama meningkatkan ekonomi di wilayah tersebut.

“Dari segi ekonomi, ia akan memudahkan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan sempadan dan meningkatkan pelancongan di wilayah Borneo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya telah menerima cadangan awal mengenai Projek TBR pada November tahun lepas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor percaya, projek TBR akan memberi impak dalam meningkatkan kesalinghubungan rakyat dan pada masa sama meningkatkan ekonomi di wilayah Borneo. – Gambar Bernama, 31 Mac, 2024

Nanta berkata, idea berhubung projek mega yang menghubungkan Sarawak dan Sabah serta menyambungkan ke Kalimantan, Indonesia datang dari Kementerian Pengangkutan dan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kewangan khusus untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan laluan TBR melibatkan bahagian Sarawak-Sabah.

Kenyataan itu turut memaklumkan mengenai pengumuman oleh Brunergy Utama Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Brunei yang akan memulakan projek TBR, dicadangkan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.

Fasa pertama akan menghubungkan bandar-bandar dari barat ke pantai Timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa dua pula melibatkan Kalimantan Utara dan Timur menghubungkan laluan utama dengan Samarinda dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s no-show at a crucial migration conference — A. Balasubramaniam

Vice-president of the Malaysian Trades Union Congress says country, with 2.37 mil registered migrant workers and currently the Asean chair, cannot afford to miss crucial discussions on migration

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related