Yusri belum nampak bayangan skuad utama Perak FC menjelang musim baharu Liga M

Ketiadaan beberapa pemain utama akibat kecederaan dan panggilan skuad Malaysia B-23 menyukarkan penilaian dilakukan

10:48 AM MYT

 

IPOH – Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui, masih mencari ‘ramuan’ terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.

Yusri berkata, semua pemain diberi peluang untuk dinilai khususnya tahap kecergasan dan momentum persembahan dalam menentukan barisan terbaik.

Katanya, aksi pemanas badan dengan dua kelab daripada Singapura, Geylang International FC dan Albirex Niigata turut menjadi pentas untuk mencongak pemain yang ada.

“Kita masih mencari kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang namun sudah semestinya dengan beberapa kombinasi malam ini saya rasa sedikit sebanyak dapat gambaran, cuma belum sepenuhnya.

“Perlawanan malam tadi kita kehilangan lima pemain utama, Sunday Afolabi yang baru mengalami kecederaan, Jesper Nyhlom dan tiga pemain dipanggil ke skuad Harimau Malaya Bawah 23 (B-23).

“Jadi agak sukar untuk saya buat penilaian malah pemain yang ada menunjukkan keyakinan tinggi untuk tempatkan diri dalam kesebelasan utama,” katanya selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa pramusim antara Perak menentang Abritex Niigata di Stadium Perak, malam tadi.

Perlawanan itu menyaksikan The Bos Gaurus menewaskan juara Liga Singapura itu 3-1.

Dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini, Perak berjaya menewaskan Geylang International FC dengan keputusan 3-0. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related