5 penjenayah ditembak mati dipercayai geng ‘Ninja Van’, lakukan lebih 50 kes samun

Polis percaya kumpulan ini telah melakukan lebih 50 kes samun kilang, pejabat Ninja Van dan rumah kediaman

3:58 PM MYT

 

SHAH ALAM — Lima penjenayah yang ditembak mati di Putra Heights, Selangor, tengah malam tadi dipercayai geng ‘Ninja Van’ yang sudah melakukan lebih 50 kes samun di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian jam 12.02 tengah malam itu, lima lelaki terbabit yang menaiki Perodua Axia dilhat dalam keadaan mencurigakan.

“Polis bertindak memintas dan mengarahkan kereta diberhentikan. Ketika hendak melakukan pemeriksaan telah berlaku tembak-menembak sebelum pemeriksaan mendapati kelima-lima mereka sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek, polis menemukan dua pucuk pistol, parang serta pelbagai peralatan untuk samun dan pecah rumah.

“Polis percaya kumpulan ini telah melakukan lebih 50 kes samun kilang, pejabat Ninja Van dan rumah kediaman,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hussein serta pegawai-pegawai polis yang lain menunjukkan senjata yang dirampas. – Azim Rahman/Gambar Scoop, 30 Mac, 2024

Mendedahkan lebih lanjut, Hussein berkata, siasatan mendapati kumpulan samun ganas itu sudah aktif sejak 2022 dan polis percaya kumpulan ini juga lebih daripada lima orang.

“Semua suspek berusia 25 hingga 30 tahun dan ada rekod jenayah lampau, paling kurang tujuh kes dan paling banyak 16 kes. Memang kumpulan ini dicari dan dijejaki polis sejak 2022.

“Setiap kali samun dilakukan mereka memakai topeng muka. Mereka juga licik dan membuat risikan dan intipan di lokasi sasaran sebelum menyamun. Ini kumpulan perompak yang ganas, pada bila-bila masa boleh cederakan mangsa,” katanya.

Tambah Hussein, polis percaya semua suspek tiada pekerjaan tetap selain siasatan lanjut turut dilakukan sama ada pembabitan dengan kongsi gelap.

“Polis percaya mereka ini menetap dalam kawasan sekitar Klang dan menjalankan kerja samun di sekitar daerah itu selain Puchong, Bukit Jalil dan Cheras.

“Kumpulan ini kita gelar geng ‘Ninja Van’ kerana kumpulan ini gemar samun premis Ninja Van, kalau tidak silap ada 16 kes samun pejabat Ninja Van yang mana peti simpanan tunai menjadi sasaran mereka.

“Kemungkinan mereka juga ada orang dalam yang memberikan maklumat, itu masih kita siasat,” katanya. – 30 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related