Punya masjid sendiri jadi sinar baharu bagi hijra Bangladesh

Hijra sebelum ini sering diusir dari tempat ibadah dan kini sebuah masjid dengan struktur yang sederhana menjadi hub bagi golongan berkenaan

10:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas dihalau dari masjid lain, golongan transgender di Bangladesh ‘hijra’ kini dialu-alukan di sebuah masjid baharu di negara berkenaan, yang memberi peluang kepada semua golongan menunaikan ibadah tanpa diskriminasi.

Bangladesh, salah satu negara dengan majoriti penduduknya adalah Muslim, membina masjid itu untuk ‘hijra’ gelaran bagi golongan transgender di Asia Selatan.

Golongan itu sebelum ini sering diusir dari tempat ibadah dan kini sebuah masjid dengan struktur yang sederhana menjadi hub bagi golongan berkenaan.

“Mulai sekarang, tiada orang yang boleh menafikan hak hijra untuk beribadah di masjid,” kata ketua komuniti itu, Joyita Tonu ketika berucap pada orang ramai.

“Tiada orang yang boleh mempersendakan kita,” tambahnya dengan bertudung putih.

Masjid berhampiran Mymengsingh, di utara Dhaka itu, dibina atas tanah yang didermakan oleh kerajaan selepas komuniti hijra kerap diusir ketika beribadah di masjid.

“Saya tidak pernah bermimpi dapat solat di masjid sepanjang hidup saya,’’ kata Sonia, 42, yang gemar membaca al-Quran ketika kanak-kanak.

Namun dia kemudiannya dihalang beribadah selepas menjadi hijra.

“Orang akan memberitahu saya kenapa hijra seperti saya datang ke masjid. Sepatutnya solat di rumah,” kata Sonia kepada AFP.

Menurutnya, ia sesuatu yang memalukan tetapi kini golongan itu boleh berkunjung ke masjid tanpa diskriminasi lagi.

“Sekarang tiada siapa yang akan katakan ‘tidak’ kepada kami,” katanya. – 29 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related