IOI City Mall ditutup kepada orang ramai pagi ini kerana gangguan elektrik

Menurut pihak pengurusan, bekalan elektrik akan pulih semula antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang ini

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya ditutup untuk orang ramai pada pagi ini susulan gangguan bekalan elektrik.

Pihak pengurusan pusat beli-belah itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja memulihkan semula bekalan sedang giat dilakukan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ini.

Menurutnya, bekalan elektrik akan pulih semula antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang ini.

“Pembeli dan penyewa yang dihormati, dimaklumkan bahawa IOI City Mall kini sedang menghadapi gangguan bekalan elektrik dan sedang dalam proses pembetulan oleh TNB sekarang.

Pemberitahuan sementara kepada pengunjung bahawa pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya ditutup susulan gangguan bekalan elektrik – Abdul Razak Latif/Scoop, 28 Mac, 2024

“Oleh itu pusat beli-belah itu ditutup pagi ini sehingga bekalan elektrik disambung semula yang dianggarkan antara jam 1 petang hingga 5 petang hari ini,” katanya.

Susulan itu, pihak pengurusan pusat beli-belah tersebut memohon maaf kepada orang ramai di atas kesulitan tersebut.

“Nantikan kemas kini kami dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan laluan masuk ke pusat beli-belah itu sesak kerana banyak kenderaan tidak dapat memasuki ruang parkir.

“IOI City Mall blackout. Tak lepas masuk parking,” kata Faris.

Seorang pengguna Facebook mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan laluan masuk ke pusat beli-belah itu sesak kerana banyak kenderaan tidak dapat memasuki ruang parkir – Gambar media sosial, 28 Mac, 2024

“Bergelap,” kata Sudin.

Seorang lagi pengunjung mendakwa gangguan tersebut berpunca daripada masalah sub utama TNB.

“Masalah sub utama TNB. Jangkaan siap mungkin sampai jam 5 petang,” kata Heidzir.

Menerusi video tular di aplikasi X, seorang wanita berkongsi keadaan bergelap di premis tersebut sejak malam tadi.

“IOI blackout. Mesti ada sesuatu berlaku kan?” katanya dalam video tersebut yang dikongsikan pada jam 9.33 malam tadi.

Sementara itu, TNB mengesahkan gangguan bekalan elektrik itu berpunca daripada kerosakan pada kabel masuk yang terletak dua kilometer dari pusat beli-belah tersebut. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related