Menteri Agama jalani pembedahan pagi ini

Beliau memohon doa orang ramai agar pembedahan berjalan lancar selain dirinya diberi kesembuhan segera

8:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar akan menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

Menerusi hantaran di Facebook, Mohd Na’im berkata, prosedur berkenaan akan dilakukan pada jam 8 pagi ini.

“Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,” katanya.

Susulan itu, beliau memohon doa orang ramai agar pembedahan berjalan lancar selain dirinya diberi kesembuhan segera.

“Mohon kepada sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan hari ini dan keafiatan saya selepas ini untuk terus beribadah serta melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut meminta orang ramai menggandakan amal ibadah sempena Nuzul Quran dan mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita di Palestin.

“Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel,” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related