Dakwa rakyat tak percaya Rafizi, Wan Fayhsal cadang Padu diletak bawah Kementerian Digital

Beliau yakin jika Menteri Digital, Gobind Singh Deo 'memegang' Padu, lebih ramai rakyat akan menyertainya

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mencadangkan sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dipindahkan ke Kementerian Digital.

Menurutnya, langkah itu akan membolehkan Padu diurus dengan selamat, terkawal dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.

“Saya khuatir, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Johor (Datuk Mohd Puad Zarkashi) sebab rakyat tak percaya dengan Yang Berhormat Pandan sebab dia dulu saudagar data.

“Dia buat kerja dekat Invoke. Jadi kita pun tahu apa dia buat di Julau semasa pemilihan PKR dulu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Wan Fayhsal berkata, beliau yakin lebih ramai rakyat akan membuat pendaftaran Padu sekiranya ia diletakkan di bawah seliaan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

“Jadi saya yakin kalau Yang Berhormat Menteri Digital yang pegang Padu, rakyat akan lebih ramai menyertainya,” katanya.

Semalam, Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mendakwa sistem Padu disifatkan gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat.

Katanya, kerajaan Sarawak yang secara terbuka menyatakan kebimbangan sistem itu sekali gus meminta pendaftarannya ditangguhkan.

Puad turut mempersoalkan sama ada sistem penyampaian kebajikan kepada rakyat akan terencat dan bertambah kucar kacir dengan kegagalan berkenaan.

Susulan itu, Rafizi menyifatkan kritikan Puad yang mendakwa kononnya sistem Padu gagal lebih bersifat soal peribadi.

Beliau berkata, biarpun wujud ‘bunyi bising’ itu, ia tidak menghalang pendaftaran Padu secara konsisten sekitar 300,000 hingga 400,000 dalam tempoh seminggu lalu.

“Yang bising sangat ini Puad Zarkashi. Dia ini kalau Malaysia kaya-raya pun dia masih tak setuju dengan saya.

“Saya dulu bawa isu 1MDB, masa dia pengarah JASA dan dia kalah pilihan raya dan terpelanting dari kerajaan, jadi ia (soal) personal. Jadi kalau tengok empat lima orang yang bising itu tokoh-tokoh politik yang bising kerana soal peribadi.

“Tapi itu tidak menghalang contohnya dalam tempoh seminggu yang lalu ada 300,000 hingga 400,000 orang mendaftar.

“Jadi kita lihat perspektif yang objektif iaitu yang bising itu hak dia, kalau dia kata tak yakin kerana soal keselamatan data, kita dah bentangkan sejak 2 Januari hingga sekarang walaupun ada ketika sampai dua juta serangan seminggu, sampai sekarang (sistem Padu) masih belum bocor,” katanya. – 27 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related