99 Speedmart tak terjejas biarpun ada kempen boikot perniagaan bukan Islam gara-gara isu KK Mart

99 Speedmart sentiasa memastikan semua pekerja di 2,579 cawangan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan pihak pengurusan

9:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rangkaian pasar mini terkemuka, 99 Speedmart tidak terkesan dengan kempen boikot yang dijalankan segelintir pihak terhadap perniagaan milik orang bukan Islam.

Ketua Pegawai Operasinya, Yong Eng Kwang berkata, operasi perniagaan 99 Speedmart berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ancaman diterima susulan isu kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka.

“Perniagaan 99 Speedmart berjalan seperti biasa dan kami tidak terkesan. Tiada apa-apa (kempen) boikot, ia adalah kes terpencil.

“Bisnes kami seperti biasa, orang dah kenal 99 Speedmart,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Kumpulan Sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama 99 Speedmart di Rumah Seri Kenangan, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Norazman Othman.

Mengulas lanjut, Eng Kwang berkata, 99 Speedmart sentiasa memastikan kesemua pekerja di 2,579 cawangan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak pengurusan.

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kesilapan teknikal berlaku dalam operasi perniagaan mereka.

“Yang penting dalam peruncitan kami perlu memastikan pekerja sentiasa follow (ikut) SOP yang ditetapkan.

“Kami dah tetapkan apa barangan yang masuk dan pekerja kena pastikan mereka periksa barangan yang masuk ke kedai. Itu sahaja SOP yang mereka kena ikut,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Susulan itu, terdapat gerakan kempen memboikot perniagaan dimiliki orang bukan Islam.

Ia termasuk, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menegaskan tidak akan berganjak dengan pendirian untuk mengajak orang Melayu dan Islam memboikot mana-mana syarikat perniagaan yang menghina Allah SWT. – 25 Mac,2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related