‘Hantaran dipadamkan atas nasihat peguam,’ jelas individu yang dakwa pelajar ada hubungan dengan guru

Media juga sudah membuat liputan mengenai kisah ini jadi kita biarkan media menjadi medium

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Individu yang mendedahkan adiknya yang berusia 16 tahun mempunyai hubungan dengan seorang guru, sudah memadamkan pendedahan yang yang dimuat naik di aplikasi X, beberapa hari lalu atas nasihat peguam.

Individu terbabit mendakwa hantaran itu dipadamkan kerana objektf utama untuk mendedahkan perkara tersebut sudah dicapai.

“Kami memadamnya kerana objektif utama sudah dicapai dan juga atas nasihat pihak lebih tinggi serta peguam keluarga saya.

“Media juga sudah membuat liputan mengenai kisah ini jadi kita biarkan media menjadi medium.

“Jika saya ingin menurunkan hantaran yang (sebab tidak menutup muka) kami akan meminta semua media termasuk hantaran utama ini dipadamkan,’’ katanya menerusi hantaran di X.

Menerusi perkongsian terdahulu, individu terbabit mendakwa keluarga pelajar itu sudah memberi amaran kepada guru tersebut supaya tidak lagi menjalinkan hubungan, namun tidak dihiraukan.

Namun ada netizen yang memintanya menyelesaikan isu tersebut tersebut tanpa menyebarkan aib mana-mana pihak.

Dalam pada itu, semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 16 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kesemua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya kepada media.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related