Malaysia bersama masyarakat dunia kecam serangan di Moscow, ‘ini insiden sangat menyedihkan’

Seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keganasan tiada tempat dalam dunia bertamadun ini

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow semalam dan menyifatkannya sebagai insiden sangat menyedihkan.

Menerusi kenyataannya, Wisma Putra berkata, seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keganasan tiada tempat dalam dunia bertamadun ini.

“Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa dalam mengecam sekeras-kerasnya kekejaman ini dan mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan serta keselamatan mana-mana negara.

“Malaysia menekankan semula pendirian tegasnya dalam menentang keganasan dan ekstremisme dalam segala bentuk serta manifestasinya,” katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia menyeru agar pelaku serangan keji ini segera dibawa ke muka pengadilan.

“Kementerian Luar melalui kedutaan besar dan pejabatnya di seluruh dunia, terus komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara.

“Kementerian ini juga terus komited memperjuangkan dialog dan penyelesaian konflik secara aman,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan lebih 140 terbunuh dan ratusan cedera dalam serangan pengganas di dewan konsert, Crocus City Hall, pinggir Moscow itu.

Serangan terbabit disifatkan terburuk di Rusia apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan meletupkan bahan api di tempat kejadian.

Melalui kenyataan semalam, Wisma Putra mengesahkan semua rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow selamat.

Katanya, rakyat Malaysia di Moscow dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini kejadian itu.

Rakyat Malaysia di kawasan itu juga disaran mengambil langkah berjaga-jaga, selain mengikuti nasihat dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Russia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut,” katanya. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

Related