Sijil halal Alagappa Flour Mills ditarik balik, ini penjelasan Jakim…

Alagappa Flour Mills berkata, perkara tersebut tiada kaitan dengan penggunaan mana-mana bahan mentah atau ramuan yang tercemar dengan bahan haram

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sijil halal syarikat pengeluar rempah terkemuka, Alagappa Flour Mills Sdn Bhd ditarik balik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disebabkan ketidakpatuhan terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Bahagian Pengurusan Halal, Jakim menerusi satu kenyataan berkata, bagaimanapun status halal produk yang dikilangkan oleh syarikat itu sebelum 12 Mac 2024 adalah tidak terjejas.

“Suka untuk diingatkan bahawa sesuatu produk yang tidak dipersijilkan halal atau tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bukan membawa maksud produk tersebut adalah haram.

“Namun, sekiranya satu-satu produk tersebut menerima SPHM maka, ia pastinya telah memenuhi keperluan yang digariskan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dan standard halal serta peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.

Menurutnya lagi, amalan terbaik perlu dipraktikkan secara berterusan dalam membuat pemilihan produk atau perkhidmatan yang dipersijilkan halal kerana produk dan perkhidmatan dengan SPHM pastinya halal, selamat serta lebih baik.

Susulan penarikan sijil halal oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Alagappa Flour Mills menerusi Facebook syarikat itu semalam memuat naik satu hantaran yang memperjelaskan isu berkenaan.

Alagappa Flour Mills berkata, perkara tersebut tiada kaitan dengan penggunaan mana-mana bahan mentah atau ramuan yang tercemar dengan bahan haram mahupun isu kebersihan.

“Pada peringkat awalnya, syarikat hanya dikenakan tindakan penggantungan sijil halal sahaja disebabkan oleh beberapa kesalahan teknikal yang tidak kritikal. (Jadi) Pihak syarikat diberi masa untuk melakukan penambahbaikan terhadap ketidakakuran tersebut.

“Bagaimanapun, disebabkan beberapa kekangan berkenaan tenaga kerja menyebabkan penambahbaikan dan penutupan laporan ketidakakuran tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna pada masa yang diperuntukkan sehingga menyebabkan sijil halal kami ditarik balik,” katanya.

Susulan itu, Alagappa Flour Mills berkata, mereka secara drastik memperkasa tenaga kerja syarikat khusus di bahagian Eksekutif Halal, Jawatankuasa Halal Dalaman dan menubuhkan Alagappa’s Halal Department untuk menerajui segala hal ehwal berkaitan pengurusan halal syarikat.

Katanya, syarikat itu sudah melakukan permohonan untuk mendapatkan pensijilan halal semula daripada Jakim.

“Sekiranya tiada halangan, syarikat kami akan melalui proses audit semula selewat-lewatnya pada bulan ini,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related