Kanak-kanak maut jatuh kondo: Polis rakam keterangan ibu bapa esok

Rakaman percakapan ibu bapa mangsa masih belum diambil kerana memberi masa untuk menguruskan jenazah

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan ibu bapa kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun yang ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 di sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata keterangan awal daripada ibu bapa mangsa sudah diambil di tempat kejadian, namun kedua-dua mereka akan dipanggil esok bagi proses rakaman percakapan untuk membantu siasatan.

“Rakaman percakapan ibu bapa mangsa masih belum diambil kerana memberi masa untuk menguruskan jenazah dan setakat ini tiga individu telah diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Anbalagan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Serdang mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat yang tinggi.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki warga Yaman maut selepas terjatuh dari tingkat 21 dan kejadian tersebut disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

Anbalagan dilaporkan berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung. 

“Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related