Tangguh semua aktiviti luar bilik darjah di lokasi rekod cuaca panas Tahap 1

Jika status cuaca bertukar kepada status Gelombang Haba tindakan selanjutnya boleh diambil Kementerian Pendidikan (KPM)

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan buat sementara waktu di lokasi yang merekodkan cuaca panas Tahap 1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jika status cuaca bertukar kepada status Gelombang Haba tindakan selanjutnya boleh diambil Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ia sebagaimana Pelan Tindakan Bagi Menangani Gelombang Haba 2016, Pelan Tindakan Pengurusan Risiko Kesihatan Akibat Gelombang Haba 2021 yang dikeluarkan oleh pihak KKM dan Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan di bawah KPM Semasa Cuaca Panas yang dikeluarkan pada 18 April 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu merujuk status cuaca panas dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, membabitkan Perlis yang mengalami gelombang haba dengan suhu maksimum harian di negeri itu melebihi 37 darjah Celsius sejak 19 Mac lalu.

Cuaca panas Tahap 1 pula direkodkan di sebahagian besar Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik dan Baling.

Beberapa kawasan di Perak termasuklah Hulu Perak dan Kuala Kangsar turut mengalami cuaca panas Tahap 1.

Cuaca panas Tahap 1 merujuk suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius.

Mengenai pendedahan kepada cuaca panas yang berpanjangan, Dr Muhammad Radzi berkata, ia boleh memudaratkan kesihatan terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas termasuk individu menghidap penyakit kronik.

Malah katanya, murid-murid sekolah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas.

Beliau menjelaskan ia disebabkan faktor fisiologi dan kurang pengambilan air.

“Sehubungan itu, KKM menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak untuk mengambil air secukupnya.

“Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadan ini, ketika bersahur dan berbuka puasa hendaklah meminum air yang mencukupi. Awasi tahap hidrasi dan kesihatan anak-anak sepanjang berpuasa,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related