Tak perlulah sampai tahap ‘gam’ artis, senario industri sudah berubah: Fahmi

Fahmi juga berkata, tidak semua artis bermasalah, namun dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

11:47 PM MYT

 

HULU KLANG – Kementerian Komunikasi Malaysia masih mempertimbangkan beberapa aspek sebelum menetapkan hukuman untuk ‘gam’ artis terpalit dengan isu moral dan masalah disiplin daripada muncul di skrin televisyen (TV).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya cakna dengan kontroversi atau isu membabitkan salah laku artis sejak akhir-akhir ini.

“Kita belum teliti perkara ini atau pertimbangkan satu langkah (mengenai ‘gam’ artis). Memang dari segi disiplin itu, akan ada kesan terutama kepada periuk nasi artis sekiranya mereka melampaui batas.

“Kita tidak boleh nafikan artis adalah pempengaruh walaupun mereka melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

“Saya ambil maklum dan pihak kementerian semestinya cakna, mungkin mengenai beberapa kontrversi yang melibatkan artis baru-baru ini.

“Saya lihat majoriti atau hampir kesemua artis tidak ada masalah. Tetapi mungkin dek nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya ditemui pada majlis iftar sempena Hari Seniman Negara 2024 di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, hari ini.

Fahmi berkata, hukuman ‘gam’ artis dilihat kurang sesuai dilaksanakan ketika ini kerana senario industri sudah berubah.

Namun katanya, setiap artis perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan menasihati sesama mereka.

“Saya nampak mungkin kita boleh teliti beberapa aspek. Tetapi, saya harap artis juga boleh meneliti apa yang boleh dinasihatkan kepada rakan artis lain.

“Harapan saya, kita tidak perlulah sampai ke tahap ‘gam’ seperti pernah kita lihat dulu. Itu bagi saya, tahun 80-an atau 90-an sesuai. Tapi, zaman sekarang kita buka telefon bimbit pun nampak siaran (mengenai artis).

“Kita harus gunakan pendekatan yang lebih murni. Lagipun, kalau kita usulkan, ia hanya mungkin boleh digunapakai untuk stesen televisyen tetapi bukan stesen TV lain atau platform lain.

“Mungkin setelah berbincang dengan produser, kalau mereka minta untuk adakan aspek kawal selia pelakon, ia mungkin diterapkan dalam lesen penggambaran iaitu sijil SPP melalui standard kontrak yang disediakan,” katanya.

Fahmi melihat jualan penggiat seni ketika menghadiri majlis berbuka puasa sempena Hari Seniman Negara 2024 di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Hulu Klang malam ini. – Gambar Kementerian Komunikasi, 22 Mac, 2024

Beliau berkata, sekiranya produser meminta agar dimasukkan klausa khas, ia boleh dipertimbangkan tetapi golongan tersebut haruslah sepakat.

“Tetapi buat masa ini, penggambaran bagi tujuan online tidak memerlukan lesen. Jadi, kita juga sedang meneliti hal ini,” katanya.

Gesaan ‘gam’ artis yang mempunyai masalah moral menjadi perdebatan hangat selepas media melaporkan artis berstatus suami orang, iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies, dicekup berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, baru-baru ini.

Penggiat industri kreatif mencadangkan artis bermasalah dan terpalit dengan isu moral dikenakan tindakan seperti digantung daripada muncul di TV. – 22 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related