Saya ke luar negara demi kebaikan Malaysia, tak ada main golf: Anwar

Perdana Menteri lebih gemar melakukan aktiviti berjalan cepat (brisk walking) jika ada masa lapang selepas selesai menghadiri sesuatu program

5:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kunjungan rasminya ke luar negara adalah untuk kebaikan Malaysia, mencari seberapa banyak pelaburan dan tidak langsung terlibat dengan ‘tradisi’ bermain golf seperti diamalkan pemimpin terdahulu.

Malah katanya, jika ada masa lapang selepas selesai menghadiri sesuatu program, beliau lebih gemar menjalankan aktiviti berjalan cepat atau brisk walking.

“Saudara, percayalah, Jerman (kunjungan rasmi beliau baru-baru ini) lima hari itu, kedai pun saya tak pergi. Saya tak ada kerja lain, selain hotel (penginapan dan persiapan diri) dengan mesyuarat. Ada ruang saya panggil sarjana dan ulama seluruh Eropah untuk bincang isu-isu Islamofobia.

“Apakah sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh ke luar negara? Saya bukan pergi hari ini mesyuarat, hari kedua main golf. Itu tradisi lama, tak ada. Ada lapang selepas program, saya ‘jalan-jalan laju’ sekejap, itu ada. Kalau itu dianggap salah, saya minta ampun dan minta maaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mac di Putrajaya hari ini.

Anwar baru sahaja pulang dari lawatan rasmi di Jerman dan mengadakan pertemuan serta perbincangan bersama Presiden Frank-Walter Steinmeier dan Canselor Olaf Scholz.

Perdana Menteri berkata, negara luar ketika ini sedang memandang positif terhadap Malaysia termasuk tata kelola negara dengan membanteras rasuah dan program-program membantu rakyat.

“Kita tak akan dapat dukungan sebegitu rupa kalau kita tak menyantuni (adakan kunjungan rasmi). Apakah saya suka sangat ke luar negara? Saya tak larat dah, saya bukan lagi muda.

“Tetapi saya lakukan ini kerana saya terpaksa lakukannya untuk kebaikan negara kita,” tegasnya. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related