Dhia tidak lari ikut teman lelaki, ibu akui takut dengar pelbagai dakwaan

Sepanjang kehilangan Dhia, Syarifah Rosfazila Muhammad Fazili mengelak daripada membaca komen-komen negatif netizen di media sosial

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil tidak lari mengikut teman lelakinya, demikian tegas ibunya yang menafikan spekulasi yang tersebar semasa anaknya yang berusia 12 tahun itu hilang pada Selasa lalu.

Menurut Syarifah Rosfazila Muhammad Fazili, 41, ini kerana anak sulungnya itu ditemui berseorangan oleh orang awam, berhampiran kawasan lot kedai di Taman Sri Rampai pada awal pagi Ahad.

“Dakwaan (Dhia) ikut lelaki itu tak (betul), sebab masa jumpa tu dia seorang diri. Orang yang jumpa Dhia pun dah tinjau sekitar situ, memang dia berseorangan.

“Kita sebagai mak, masa mula-mula dengar (dakwaan ikut teman lelaki), kita pun jadi takut sebab sekarang macam-macam kes tapi saya banyakkan berdoa.

“Selain dari itu, memang sepanjang kehilangan Dhia, saya elakkan daripada membaca komen-komen negatif netizen di media sosial,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di kediamannya di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini hari ini.

Terdahulu, Dhia dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas dikatakan berselisih faham dengan ibunya pada petang hari kejadian.

Dhia bagaimanapun ditemui selamat pada jam 2.28 pagi Ahad ketika berjalan seorang diri berhampiran kawasan lot kedai di Taman Sri Rampai, di sini.

Menzahirkan rasa syukur di atas kepulangan anaknya itu, Syarifah Rosfazila berkata, dia ingin membuka lembaran baharu dan berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berlaku ke atas keluarganya.

“Kita marah sebab sayang, tapi saya kata tak mengapalah yang lepas, biarkan lepas. Kita tutup buku, kita buat cerita baru. Nak kata dia selalu lari itu (dakwaan mengatakan Dhia pernah lari sebelum ini) memang tidak ada.

“Sebelum ini pun kalau dia keluar sekejap nanti dia balik, jadi masa kejadian itu saya anggap dia berada di rumah kawan-kawan sebab saya tahu dia tidak akan berani pergi sejauh macam ini,” katanya.

Mengambil pengajaran di atas perkara yang berlaku, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas ini dia akan lebih berlembut dan melayani anak-anak ibarat kawan bagi mendalami isi hati mereka.

“Saya tak terlalu mengongkong dia, ada masa saya (layan) dia macam kawan, tiada istilah kita kongkong atau cuai dalam menjaga anak,” katanya.

Syarifah Rosfazila turut menerima senaskah Al-Quran, manakala suaminya, Mohd Chairil Anuar Mahmud, 40, pula menerima jam tangan, hadiah pemberian Dhia sempena ulang tahun perkahwinan mereka, baru-baru ini.

Mohd Chairil mengakui, kejadian yang berlaku memberi iktibar buatnya untuk menggunakan pendekatan lebih mesra dalam mendidik anak-anak. – Alif Omar/Scoop, 17 Mac, 2024

Sementara itu, Mohd Chairil pula berkata, dia mengambil iktibar di atas insiden tersebut dan selepas ini akan menggunakan pendekatan lebih mesra dalam mendidik anak-anak agar mereka tidak terlalu takut dengannya.

“Saya tak garang, cuma saya tegas (dan ini mungkin buat) anak takut dengan saya.

“Nasihat saya kepada semua termasuk diri saya sendiri, anggaplah anak ini macam kawan-kawan. Jangan kita garang dan tegas sangat.

“Bila saya garang dan tegas sangat, macam inilah (akibatnya) dan saya tak nak benda ini berulang lagi,” katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related