Tiada usaha hidupkan kembali ajaran sesat Ayah Pin: Polis

Polis tidak menemui aktiviti mencurigakan di Kampung Batu 13, Hulu Besut, cuma keluarga Ayah Pin baru-baru ini berkumpul untuk mengadakan doa selamat

2:48 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, menerusi tinjauan pihaknya di Kampung Batu 13, Hulu Besut baru-baru ini, didapati tiada aktiviti mencurigakan dijalankan oleh 124 orang penduduk di perkampungan itu yang terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad.

“Secara kasarnya, kami masih tidak kesan apa-apa. Cuma baru-baru ini mereka ada berkumpul buat macam doa selamat, jadi mungkin bila berkumpul itu dikatakan nak hidupkan semula ajaran ini.

“Memang kami ada terima maklumat dan pemantauan berterusan sentiasa dibuat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Tiada kompromi dan akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Kalau ada kesalahan maka kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mazli berkata, pihak polis telah merakam keterangan seorang wanita yang membuat laporan di Pahang mengatakan ajaran sesat itu cuba dihidupkan kembali manakala pihaknya masih dalam pertimbangan sama ada hendak merakam keterangan pemilik akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ yang turut mendakwa perkara sama.

“Polis mengalu-alukan segala maklumat dan bukti daripada orang ramai berhubung perkara ini. Pada masa sama, diingatkan untuk tidak membuat kenyataan yang belum disahkan lagi dan tidak membesarkan isu ini yang masih dalam siasatan pihak berwajib,” katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related