DBKL kompaun 6 peniaga bazar lantik pembantu gerai warga asing tanpa kelulusan

DBKL juga membuat tinjauan lesen perniagaan, tahap kebersihan, pengendali makanan serta aliran lalu lintas sekitar kawasan bazar Ramadan

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun kepada enam peniaga bazar Ramadan kerana menggaji pembantu gerai warga asing tanpa kelulusan.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, notis itu diberikan susulan pemeriksaan dijalankan di tiga lokasi bazar Ramadan di Jalan Radin, Jalan Desa Jaya dan Jalan Impian Indah dekat Seputeh semalam.

DBKL membuat pemeriksaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di lokasi tapak bazar itu melibatkan aktiviti penjualan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijalankan.

“DBKL juga membuat tinjauan berkaitan lesen perniagaan, tahap kebersihan, pengendali makanan serta aliran lalu lintas sekitar kawasan penganjuran bazar Ramadan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, DBKL membuat tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan enam notis kompaun kepada pemilik lesen kerana melanggar syarat dengan melantik pembantu gerai warga asing tanpa kelulusan.

“Kesalahan itu dibawah Undang-Undang Kecil (UUK) 14, UUK Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

“Pembantu gerai warga asing itu terdiri daripada tiga warga Indonesia, dua (Pakistan) dan seorang Myanmar,” katanya.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan DBKL, enam peniaga dikenakan notis kompaun kerana menggaji pembantu gerai warga asing tanpa kelulusan. – Gambar Facebook DBKL, 16 Mac, 2024

Menurut DBKL, semua pemegang lesen perniagaan diingatkan agar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Peniaga juga perlu sentiasa memastikan aktiviti perniagaan terutamanya melibatkan makanan atau minuman dijalankan berada pada tahap kebersihan yang optimum untuk pengunjung sepanjang bazar Ramadan ini berlangsung.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya. – 16 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related