KPN nafi Malaysia pengeksport dadah antarabangsa

Dakwaan itu menunjukkan seolah-olah Malaysia adalah negara pembuat dadah yang tidak tepat dengan situasi sebenar

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya Malaysia menjadi pengeksport dadah dan melakukan ‘adunan istimewa’ bahan terlarang itu untuk diedarkan ke negara luar.

Beliau berkata, ia dibuktikan menerusi tangkapan dijalankan pasukan penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di makmal dadah sepanjang tahun lalu yang menyaksikan bilangan dan saiz tempat itu adalah kecil.

Katanya, dakwaan itu menunjukkan seolah-olah Malaysia adalah negara pembuat dadah yang tidak tepat dengan situasi sebenar.

“Bagi tangkapan di makmal tahun lalu, saya ingat pun tak sampai 20 makmal jika tak silap saya, makmal dadah kita adalah kecil yang dapat daripada ‘substance’ yang kilang pakai ini atau terhad, terlarang atau ‘registered’ ini boleh dibeli, ini yang diambil untuk membuat dadah.

“Tak boleh itu saya tak setuju, tak setuju, memang saya tak setuju sebab makmal yang kita tangkap ini pun kadang-kadang dia dalam enam bulan sahaja (ada) kita dah tangkap.

“Ia punya jumlah yang dia buat ini memang kita tahu, sangat sedikit, hanya untuk kegunaan tempatan sahaja,” katanya.

Razarudin berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook PDRM, selepas merasmikan Majlis Penerimaaan Rasmi Polis Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin di Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Komander Pasukan Polis Marin, Senior Asisten Komisioner Norzaid Mohamad Said dan Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar.

Bagaimanapun, Razarudin berkata, PDRM tidak menolak Malaysia dijadikan sebagai hub transit pengedaran dadah yang dibawa masuk dari ‘golden triangle’ (segitiga emas).

“Barang (dadah) ini sampai ke sempadan Thailand, masuk dari Kelantan, Kedah, Perlis, (sebelum) sampai di Kuala Lumpur, Johor ataupun Selangor dan ada juga pengedar yang mengedar dadah ini ke Ausralia, New Zealand, Korea.

“Itu berlaku dan itu saya mengaku, tetapi (kalau) sebagai kita pengeksport, seolah-olah kita ini produce (menghasilkan) dadah, no way (mustahil), itu bukan kebenarannya,” katanya.

Menurutnya, apapun PDRM tidak akan pernah berkompromi dengan mana-mana kartel dadah, termasuk anggota polis dan penjawat awam yang terbabit atau melindungi kesalahan itu.

“Mereka yang terlibat, yang melindungi, kita (PDRM) tidak akan kompromi, kita akan ambil tindakan,” katanya. – 14 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related