Aktivis AS, Shaun King dan isteri peluk Islam selepas lihat penderitaan penduduk Gaza

10:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penulis dan aktivis Amerika Syarikat (AS), Shaun King dan isterinya, Rai King, memeluk Islam, semalam.

Pasangan tersebut melafazkan syahadah dengan bantuan ulama dan aktivis, Omar Suleiman yang juga rakan kepada Shaun selama lebih sedekad.

“Kami bersama-sama melafazkan syahadah dan memeluk Islam untuk memulakan Ramadan.

“Ia adalah hari yang indah dan bermakna bagi kami yang tidak akan kami lupakan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Menurut lelaki berusia 44 tahun itu, keputusan memeluk Islam dibuat selepas melihat penderitaan, kesakitan dan trauma yang dilalui penduduk Gaza sejak enam bulan lalu.

“Ia membuatkan saya tersentuh dalam cara paling mendalam untuk melihat orang sekarang di tempat paling berbahaya dan traumatik di bumi ini, kadang-kadang tidak melihat apa-apa selain runtuhan dan sisa-sisa keluarga mereka, dan masih melihat erti dan tujuan dalam hidup,” katanya.

Shaun amat dikenali kerana kelantangannya memperjuangkan rakyat Palestin dan kerap berkongsi kekejaman rejim Zionis serta kemusnahan di Gaza di media sosialnya.

Dia turut menuntut Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.

Susulan itu, Meta menggantung akaun Instagramnya pada Disember tahun lalu kerana didakwa melanggar dasar ditetapkan. – Agensi

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related