Projek naik taraf Hospital Seberang Jaya siap hujung tahun ini: Anwar

Anwar berkata projek itu telah bermula agak lama tetapi lambat disiapkan namun dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini

4:31 PM MYT

 

SEBERANG JAYA – Projek menaik taraf Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang bermula sejak 2016 dijangka siap sebelum hujung tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata projek itu telah bermula agak lama tetapi lambat disiapkan namun dijangka akan beroperasi pada hujung tahun ini.

“Saya telah diberi taklimat mengenai keadaan hospital ini dan saya telah teliti beberapa keperluan terdesak yang memerlukan bantuan khas.

“Jadi saya telah meluluskan RM1 juta untuk pembelian mesin ventilator, tangki air, (peralatan) ultrasound dan bilik penyusuan ibu di HSJ,” katanya selepas mengadakan lawatan ke HSJ di sini hari ini.

Projek menaik taraf HSJ yang menelan kos hampir RM500 juta itu telah dimulakan pada 2016, bagi menambah kemudahan katil, unit rawatan rapi dan ruang parkir.

Sementara itu, Pengarah Hospital Seberang Jaya Dr Saiful Azlan Sharif menzahirkan penghargaan atas keprihatinan perdana menteri yang meluluskan peruntukan tambahan bagi menaik taraf serta menambah beberapa peralatan yang merupakan keperluan mendesak di hospital terbabit.

“Kita telah buat permohonan sebelum ini dan hari ini perdana menteri datang melawat (hospital) meluluskan peruntukan RM1 juta.

“Peruntukan itu adalah untuk menaik taraf tangki air selain perolehan untuk unit ultrasound di wad pedriatrik serta di bilik penyusuan susu ibu,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kerja pembinaan blok baharu HSJ, Dr Saiful berkata projek itu dijangka siap hujung tahun ini.

“Blok baharu ini merupakan bangunan bertingkat, bakal menyediakan kemudahan baharu dan ada juga sebahagian daripada perkhidmatan di hospital sedia ada akan dipindahkan ke sana.

“Setakat ini, projek terbabit sudah 92 peratus siap dan berdasarkan laporan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), ia dijangka siap pada 12 Dis depan,” katanya. – 9 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Pramugari MAS meninggal dunia di Jepun

Punca kematian masih belum disahkan, namun laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH menyatakan dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang.

Related