Tolonglah hargai dan hormati wanita, Elly Arifin minta masyarakat usah pandang remeh isu cabul

Menurut Elly Arifin, walaupun kes itu telah dibawa ke mahkamah, dia masih lagi trauma setiap kali mengenangkan peristiwa hitam tersebut

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberitahu pendedahannya dicabul seorang ustaz yang juga kenalan baik kepada keluarganya bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau sengaja membuka sejarah hitam dirinya.

Sebaliknya, kata Elly kepada Scoop, pendedahan itu hanya untuk menyedarkan golongan wanita dan masyarakat bahawa pencabulan adalah isu serius dan tidak boleh dipandang remeh.

“Walaupun ia sekadar cabul dan bukan rogol, tetapi ia juga boleh mendatang kesan dan trauma kepada mereka yang menjadi mangsa.

“Ia bukan perkara mudah dan bukan sewenang-wenangnya kita nak bagi badan kita ini disentuh orang lain kecuali suami sendiri.

“Jadi, pertama sekali, kepada masyarakat di luar sana tolonglah hargai dan hormati perempuan. Kepada golongan wanita pula, tolonglah berjaga-jaga. Jangan ambil remeh perkara ini. Kita perempuan. Kita ada maruah,” katanya.

Elly berkata demikian selepas mendedahkan peristiwa hitam dilaluinya sekitar 2022 sewaktu ditemui pada sidang media filem Karsakoff.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Nurul Elyana Kamalul Arifin, 35, kejadian tersebut berlaku ketika dia berada di kediaman ustaz berkenaan seorang diri untuk mengambil air penawar.

“Saya diminta ibu untuk berubat pulihkan semangat. Waktu itu, saya pakai baju sweater besar yang mempunyai hoodie untuk menutup aurat kepala. Seluar saya juga longgar. Apa yang saya pakai itu memang tak ketat pun.

“Masa berubat, dia baca-baca pada air botol yang saya bawa dan minta saya minum sedikit dan selepas itu saya berada dalam keadaan separuh sedar.

“Tiba-tiba saya terasa tangan dia berada di dalam pakaian saya dan dia meraba bahagian sulit atas dan bawah saya sebanyak tiga kali,” katanya.

Jelas Elly, dia berasa pelik kerana tidak pernah melihat ustaz tersebut mengubati pesakit dengan cara sedemikian.

“Saya paksa diri untuk sedar dan dia cuba minta saya meneguk lagi air yang dibacakannya. Tapi, saya menolak kerana saya nampak wajahnya seperti orang ghairah,” katanya.

Katanya, walaupun dia sudah membuat laporan polis mengenai perbuatan ustaz tersebut sehingga kes itu dibawa ke mahkamah, dia masih lagi trauma setiap kali mengenangkan peristiwa hitam tersebut.

“Setiap kali teringat, saya akan saya rasa menggigil dan hingga saat ini pun, saya masih cuba mencari jalan untuk menangani trauma saya ini.

“Malah, kejadian itu membuatkan saya tanpa sedar akan menolak tangan abang kandung saya sendiri, biarpun dia sekadar cuba memegang bahu saya.

“Bagaimana saya nak kahwin dan bagaimana calon suami hendak menyentuh saya tetapi saya masih mempunyai trauma sebegitu?” soalnya. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related