Kerugian Felda, LTAT: Kerajaan mahu laporan lengkap

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, notis telah diberikan kepada agensi berkenaan untuk penjelasan dan keterangan penuh

3:19 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kerajaan mahu laporan lengkap berhubung kerugian direkodkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 2022 seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, notis telah diberikan kepada agensi berkenaan untuk penjelasan dan keterangan penuh.

“Walaupun perkara ini daripada (laporan) audit 2022, tetapi kita nak tentukan ada laporan lengkap supaya beberapa kelemahan diperbaiki dan ada apa-apa yang terlibat, yang agak kurang baik, terpaksa kita ambil tindakan,” katanya.

Beliau ditemui selepas solat Jumaat di Surau Amaniah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, kedua-dua entiti itu diminta mengemukakan laporan penuh dalam tempoh dua minggu.
“Kemudian Kabinet akan membincangkan perkara itu,” katanya.

Kelmarin, LKAN mendapati Felda mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.

Menerusi laporan penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022, Felda didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

Selain itu, LKAN juga mendedahkan LTAT menghadapi rizab negatif berjumlah RM0.388 bilion pada 2022.

Selain itu, ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti isu berkenaan, Perdana Menteri berkata, biarlah kerajaan meneliti terlebih dahulu laporan berkenaan.

“Kemudian beri peluang kepada kementerian dan agensi berkaitan untuk mengemukakan penjelasan. Apa yang penting ialah kita perlu stop the rot (hentikan kerosakan), kekurangan dan kelemahan,” katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related