Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh dari tingkat 12 flat di Cheras

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah flat di Cheras petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat perumahan berkenaan oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dalam insiden yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ridzuan berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan akan diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301 sambungan 302 bagi membantu siasatan. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related