Elly Arifin pujuk saya berlakon semula, Iqram Dinzly buat comeback dalam filem Korsakoff

Menurut Iqram, pujukan Elly berjaya melembutkan hatinya untuk kembali berlakon

10:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Iqram Dinzly mengakui, dia sememangnya sudah tidak berminat melibatkan diri dalam dunia selebriti dan kegiatan seni termasuklah berlakon.

Namun, pujukan pengacara televisyen, Elly Arifin membuatkan dia ‘lembut hati’ untuk membuat kemunculan semula dan menerima tawaran berlakon dalam filem Korsakoff arahan Opie Zami.

“Memang kalau ikutkan saya dah tak nak terlibat lagi dengan bidang ini. Tapi Elly Arifin yang pujuk saya. Entahlah saya ni memang cepat kalah kalau dengan perempuan.

“Dengan mak saya pun saya kalah. Tapi antara sebab saya kalah dengan pujukannya (Elly) adalah kerana dia dapat menyebut nama alter ego saya iaitu Prince Chiki Dinzly dengan tepat,” katanya.

Elly Ariffin memegang watak Jelita dalam karya yang dinobat sebagai Filem Psikologi Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes. – Gambar Instagram, 6 Mac, 2024

Menurut Iqram lagi, Elly datang berjumpa dengannya dan memujuk dia beberapa kali untuk menjayakan watak Ezra dalam filem tersebut.

“Bila saya baca skrip, saya rasa cukup tertarik dengan watak Ezra. Saya juga suka dengan isu kesihatan mental yang cuba disampaikan dalam filem ini.

” Ia benar-benar sangat dekat dengan jiwa saya, bahkan jika kita lihat keadaan sekeliling hari ini, ramai berdepan dengan isu kesihatan mental.

“Setidak-tidaknya, dengan penglibatan saya dalam filem ini, ia dapat membantu untuk menyebarkan lagi kesedaran masyarakat mengenai isu ini,” katanya.

Iqram mengakui gementar saat berada di lokasi, terutama apabila berdialog dengan Erra Fazira. – Ellyna Ali/Scoop, 6 Mac, 2024

Iqram juga mengakui dia berasa gementar saat berada di lokasi, lebih-lebih lagi apabila berdialog dengan Erra Fazira.

“Dia primadona filem. Saya tak sangka akan berkongsi satu frame dengan dia. Jadi, ia membuatkan saya teruja pada masa yang sama,” katanya yang bakal terlibat dengan satu lagi projek filem lain selepas ini.

Korsakoff terbitan syarikat produksi D Alpha Legacy sebelum ini memenangi kategori  Filem Psikologi Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes (CWFF), dan terbaharu di Karnival Filem Dunia – Singapura (WFCS) ke-33.

Selain Iqram, Elly dan Erra, filem yang bakal ditayangkan di Astro First bermula 14 Mac ini turut dibintangi Erra Fazira, Azhan Rani dan Ning Baizura. – 6 Mac 2024

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related