Tujuh syarikat Australia akan bawa pelaburan baharu, tambah pelaburan ke Malaysia: Zafrul

Antara aktiviti pelaburan yang akan dibawa masuk ke Malaysia adalah teknologi hijau dan tenaga guna baharu

1:58 PM MYT

 

MELBOURNE – Tujuh syarikat Australia telah menyatakan komitmen untuk membawa pelaburan baharu dan menambah pelaburan sedia ada ke Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kesemua syarikat itu telah memaklumkan perkembangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka bertemu dengan Anwar di Melbourne pada Selasa. Perdana Menteri sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Australia.

Beliau berkata antara aktiviti pelaburan yang akan dibawa masuk ke Malaysia adalah teknologi hijau dan tenaga guna baharu.

“Insya-Allah, komitmen tujuh syarikat itu (pelaburan baharu dan menambah pelaburan) kini di peringkat akhir,” katanya ketika ditemui media Malaysia di Melbourne pada Selasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan dan eksekutif kanan 18 syarikat terkemuka Australia dalam sesi perbincangan meja bulat pada Selasa, selain mengadakan sesi bersemuka satu dengan satu untuk mendengar pandangan mereka.

Menurut Tengku Zafrul, Anwar turut bertemu wakil Lynas pada Selasa dan sebarang isu berbangkit berkaitan syarikat pengeluar nadir bumi itu berjaya diselesaikan.

Dalam sesi meja bulat pula, Tengku Zafrul berkata antara perkara yang dibangkitkan oleh syarikat yang hadir adalah mengenai proses memudah cara pelaburan dan perdagangan, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan peranan Malaysia dalam perdagangan global. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related