[KEMAS KINI] Helikopter Maritim Malaysia terhempas: 4 kru selamat, siasatan lanjut sedang dijalankan

Bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru yang terbabit

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat kru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam pesawat helikopter AW139 yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Selangor dilaporkan selamat dan telah diterbangkan ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

Pesawat berkenaan dengan nombor pendaftaran M720-01 telah mendarat cemas di perairan berkenaan pada jam 9.55 pagi tadi ketika melakukan latihan menyelamat.

Berdasarkan maklumat awal, empat orang telah diselamatkan oleh nelayan tempatan. – Gambar ihsan media sosial, 5 Mac, 2024

Ia diterbangkan Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara, Pegawai Waran l (M) John Ibno serta seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Hamid Mohd Amin berkata, maklumat awal diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada jam 10.15 pagi.

“Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Negeri Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari SUMS.

“Semua kru AW139 telah diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangkan ke SUMS,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum itu katanya, bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru yang terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan KM Bagan Datuk juga diatur gerak ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

Katanya, Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca-punca kejadian.

“Maritim Malaysia juga mengucapkan terima kasih atas maklumat dan tindakan pantas daripada komuniti maritim yang membantu Carilamat kejadian ini.

“Operasi Carilamat telah ditamatkan oleh CAAM pada jam 11.15 pagi,” katanya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pihaknya tidak menerima panggilan kecemasan daripada helikopter berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, hubungan terakhir helikopter dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 9.20 pagi.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta-merta untuk mengenal pasti lokasi helikopter,” katanya. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related