Kerajaan jamin kaedah pelantikan yang sedang dirangka tidak rugikan penjawat awam

Keperluan pindaan kepada kesemua peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi tujuan kaedah baharu lantikan tetap penjawat awam akan turut diperhalusi sewajarnya

8:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kaedah pelantikan dalam perkhidmatan awam yang sedang dirangka ketika ini tidak akan merugikan penjawat awam lantikan baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata sistem saraan baharu itu juga akan dipastikan dapat menarik bakat terbaik negara untuk masuk dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Dalam hal ini, keperluan pindaan kepada kesemua peruntukan undang-undang yang berkaitan bagi tujuan kaedah baharu lantikan tetap penjawat awam akan turut diperhalusi sewajarnya,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen semalam.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan secara terperinci berhubung cadangan pemansuhan skim pencen secara komprehensif serta apakah implikasi yang terlibat.

Pada Januari lepas, media melaporkan kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak, namun ia adalah langkah sementara sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Dr Zaliha berkata kerajaan mengambil keputusan untuk mengkaji sistem saraan baharu bagi mengoptimumkan pengambilan dan pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam.

“Kajian ini tidak boleh ditangguh lagi memandangkan pada 2023, jumlah perbelanjaan pencen adalah sebanyak RM32.01 bilion dan dijangka akan mencecah sebanyak RM46.36 bilion pada 2030.

Secara purata, unjuran kenaikan jumlah bayaran pencen adalah hampir RM2 bilion setahun dan akan semakin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata anggota perkhidmatan awam yang telah dilantik secara tetap dan mendapat pemberian taraf berpencen akan terus kekal menerima faedah serta kemudahan skim pencen apabila bersara kelak. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related