Pempengaruh terkenal Thailand, Chopluem kempunan tak dapat tonton konsert Swift, beli tiket scam

Segala perancangan wanita berkenaan termasuk menaiki pesawat dari Bangkok pada jam 3 pagi dan menunggu awal di pintu masuk ke stadium bersama rakan-rakannya hanya sia-sia

10:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang pempengaruh media sosial terkenal dari Thailand, Chopluem Thammapunya tidak dapat menahan tangisan selepas hasratnya untuk menyaksikan konsert ‘Taylor Swift The Eras Tour’ di Singapura tidak kesampaian.

Segala perancangan wanita berkenaan termasuk menaiki pesawat dari Bangkok pada jam 3 pagi dan menunggu awal di pintu masuk ke stadium bersama rakan-rakannya hanya sia-sia.

Chopluem meluahkan kekecewaan itu menerusi akaun Instagramnya dan memaklumkan peluang seumur hidup yang ditunggu-tunggunya selama ini hancur berkecai.

Dia menyedari telah ditipu selepas tidak dibenarkan masuk ke Stadium Nasional, pada Ahad, di mana konsert berkenaan berlangsung.

“Ini merupakan peluang seumur hidup bagi saya dan Singapura adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara di mana Swift mengadakan persembahan.

“Saya tak sabar-sabar menunggu konsert ini hampir setahun dan bekerja keras untuk membeli tiket.

“Penipu ini sangat tidak berhati perut,” tulisnya dan turut berkongsi gambar menangis di hadapan pintu masuk.

Konsert itu diadakan selama lima hari pada 2, 3, 4, 7, 8 dan 9 Mac.

Chopluem juga kemudian mendapati seramai 120 peminat Swift turut mengalami nasib yang sama.

Coretannya di Instagram itu telah menjadi tular, sekali gus menarik banyak komen dengan hashtag #buybybei.

Dalam pada itu, outlet dalam talian di mana Chopluem membeli tiketnya, memaklumkan di dalam Facebook bahawa ia sedang mengumpul maklumat dan akan membuat laporan polis.

Pada 16 Februari lalu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mendakwa beliau dimaklumkan oleh penganjur konsert, Anschutz Entertainment Group bahawa kerajaan Singapura menawarkan subsidi sehingga AS$3 juta (S$4.03 juta) untuk setiap konsert – sebagai perjanjian bersama Swift yang bersetuju tidak membuat persembahan di tempat lain di Asia Tenggara semasa Eras Tour. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related