Tiga maut dilanggar tren komuter di landasan KTMB dekat Kajang

Komander Operasi, Salleh Bahran berkata, kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)

8:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30 dan 40-an maut selepas dilanggar tren komuter dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dekat Taman Puncak Utama Jade Hill, Kajang, Selangor malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kejadian berlaku pada jam 10.53 malam dengan mangsa dipercayai menceroboh masuk ke kawasan landasan berkenaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang seramai lima orang telah bergegas ke lokasi kejadian dengan jentera FRT sejurus selepas menerima panggilan kecemasan.

Komander Operasi, Salleh Bahran berkata, kesemua mangsa tidak tersepit dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. – 4 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related