Anthony Loke janji teruskan pencarian MH370, bincang cadangan ‘no find, no fee’

Kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan operasi pencarian selanjutnya apabila maklumat baharu dan bukti yang boleh dipercayai diperolehi

5:51 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberi jaminan akan melakukan segala usaha untuk mendapatkan kelulusan Kabinet bagi meneruskan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Ketika berjanji kepada keluarga penumpang pesawat malang itu, Anthony berkata, perbincangan akan diadakan dengan syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity (OI) mengenai cadangan meneruskan pencarian tersebut.

Menurutnya, kementerian menjemput OI untuk membincangkan cadangan pencarian atas kapasiti ‘no find, no fee’ (tiada penemuan, tiada bayaran) bagi menyambung semula pencarian pesawat tersebut.

“Pendirian kerajaan Malaysia adalah konsisten. Kami akan mempertimbangkan operasi pencarian selanjutnya apabila maklumat baharu dan bukti yang boleh dipercayai diperolehi.

“(Bergantung kepada perbincangan dengan OI), saya berjanji akan melakukan apa sahaja yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan Kabinet bagi menandatangani perjanjian dengan OI untuk pencarian disambung semula secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Memperingati 10 Tahun MH370, di sini, hari ini.

Pada 8 Mac 2014, pesawat membawa 239 orang, kebanyakannya penumpang dari China, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Hampir tiada kesan pesawat itu ditemui di zon pencarian Lautan Hindi seluas 120,000 kilometer persegi dan operasi yang diketuai Australia, yang terbesar dalam sejarah penerbangan, digantung pada Januari 2017.

Hanya beberapa serpihan diambil merentasi Lautan Hindi, namun kesemuanya masih dipertikaikan sama ada berasal daripada pesawat malang itu. – 3 Mac, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related