Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia terkena tendangan lawan

Wan Muhammad Haikal Wan Hussin disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban

1:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, dekat Seremban, petang semalam.

Difahamkan, Wan Muhammad Haikal rebah dan tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan lawan.

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

Kakak Allahyarham, Wan Nor Haslinda berkata, keluarga dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 5.30 petang semalam.

“Jurulatih hubungi bapa dan maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

“Tapi saya tidak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan kira-kira jam 2.30 pagi, kami dimaklumkan yang dia sudah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya, Allahyarham adalah anak keempat dari lima beradik dan berada di Seremban untuk Prapemilihan Sukma sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata, mangsa sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta-merta, terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.

“Selepas memberi satu renjatan melalui AED pesakit terus dibawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan dalam masa yang sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital,” katanya.

Difahamkan kedua-dua ibu bapa serta adik Allahyarham kini berada di HTJ untuk menunggu laporan post mortem jenazah. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related