Ramalan Final AJL38: Jangan Mati Rasa Itu vs Sutera ada potensi jadi juara lagu!

Bagi kategori persembahan vokal terbaik, Aina Abdul dan Aisha Retno bakal bersaing sengit

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Debaran final Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) kian terasa dan sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan di pentas akhir pada 3 Mac ini, yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Persoalannya, daripada 12 lagu ciptaan komposer dan penulis lirik tanah air, siapa yang akan diangkat dan menepati ciri-ciri untuk diangkat sebagai juara.

Setakat ini, ramai yang meramalkan lagu Jangan Mati Rasa Itu, ciptaan dan nyanyian Aina Abdul bakal bergelar juara.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana lagu ini adalah lagu paling lama bertahan di dalam program muzik-muzik sebelum ia layak mara ke pentas akhir AJL38.

Bahkan, ia merupakan sebuah lagu pop balada yang cukup baik malah dari segi melodi, lirik, susunan muzik, dinamik lagu, persembahan vokal, emosi serta penghayatan yang dizahirkan Aina serta kualiti produksi, menjadikannya sebagai cukup luar biasa.

Aina juga membuat pilihan yang tepat memilih Mac Chew sebagai produser muzik untuk lagu ini kerana sentuhan beliau membuat lagu ini dihasilkan dengan penuh kualiti dan berada di tahap yang berbeza sekali.

Bagaimanapun pada masa sama, lagu Sutera ciptaan dan nyanyian Aisha Retno juga tidak boleh diketepikan kerana ia menawarkan kelainan yang cukup segar dan berbeza berbanding apa yang sering kita dengar di dalam pasaran muzik semasa kita.

Lagu Sutera ciptaan dan nyanyian Aisha Retno menawarkan kelainan yang cukup segar dan berbeza daripada yang sering didengari dalam pasaran muzik semasa, sekali gus berpotensi untuk memberi cabaran hebat. – Gambar Instagram, 1 Mac, 2024

Sutera boleh disifatkan sebagai karya lagu yang hebat dan ‘brilliant’ serta di luar kotak daripada Aisha kerana ia berjaya menyatukan genre pop, etnik dan edm dengan begitu seimbang dengan menggabungkan tiga elemen utama iaitu kekuatan muzik, vokal dan tarian.

Eleman ini dapat dilakukan Aisha dengan begitu cemerlang sekali.

Dinamik lagu ini sungguh mencabar dengan lapisan nuansa muzik yang padat serta hook lagu yang catchy sehingga membuatkan kita terpaku mendengarnya dari awal hingga akhir tanpa kita sedari.

Lagu Hasrat nyanyian dan ciptaan Amir Jahari juga sebuah karya lagu yang tidak kurang hebatnya.

Walaupun ia sebuah lagu pop balada yang moderate dan agak minimal, namun melodi, lirik, susunan muziknya dan persembahan vokal Amir mempunyai magis dan kekuatan tersendiri.

Ia umpama mendengar terapi di mana pendengar akan berasa tenang serta tenteram.

Lagu Hasrat nyanyian dan ciptaan Amir Jahari juga sebuah karya lagu yang tidak kurang hebatnya. – Gambar Instagram, 1 Mac, 2024

Dari sudut persembahan vokal penyanyi terbaik, persembahan yang sengit mungkin akan dapat disaksikan di antara Aina Abdul, Aisha Retno, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Namun, Aina dan Aisha dijangkakan bersaing lebih sengit lagi di pentas AJL38 ini.

Apapun segalanya akan terjawab pada malam kemuncak final AJL38 yang bertemakan Muzikaverse.

Lagu-lagu yang bakal bertanding adalah Jangan Mati Rasa Itu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul, Astana (Ernie Zakri/ Omar K/ Syamel/ Syazriq Azeman), Sutera (Aisha Retno/Aisha Retno dan MFMF/Aisha Retno), Santai (Naqiu/Faizal Tahir), Inilah Jalannya (Masdo/ Noh Salleh), Darah (Marsha Milan/ Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) dan Kalam (Shiha Zikir/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat).

Tidak ketinggalan, Hasrat (Amir Jahari/ Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah/A Ramlee dan Ezra Kong/ A Ramlee dan Ezra Kong), Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali/ Amylea). – 1 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related